Sapa tahu main alat muzik, angkat tangaaaannnn!!!
Haish, bilalah aku nak jadi orang yang sangat kool, dan boleh angkat tangan bila ada orang tanya soklan cenggitu. Cheh. Sebenarnya, aku minat gak dengan muzik ni. Chey chey... saja mahu menunjukkan bahawa Helmi adalah seorang mamat yang sangat classy, dan sophisticated lah konon. Memiliki hobi yang posh lah konon. Pigidah!
Sebab sebenar kenapa aku tulis entri ni: JELES!!! lepas tengok mamat ni
Tapi serius weh, best apa kalo reti main alat muzik. Zamri reti main, baca note muzik pun dia lagilah reti. Sebab dulu dia masuk band Sekolah Alam Shah. Kentang tak kentangnya mamat tuh, nama pun dalam band. Mesti lah terer baca note muzik etc kan. Kalo aku, nampak note muzik. Hurm, aku rasa macam nampak berudu yang tengah buat summersault sampai terpele'ot (patah riuk) gamaknya. Bintik hitam kat note muzik tu = badan berudu. (-_-")
Hah, lagi satu sebab kenapa aku nak belajar alat muzik. Sebab supaya bila nak mengorat, senangla sket nanti. Cuba bayangkan, kalo aku tulis surat cinta pakai musical notes (notes muzik ada A sampai Z eh? BELASAH!!) Komfhem cool giler... Then bila tengah makan-makan dinner, ada orang request muzik, peewwit peewit!!! (Hanis Zalikha tiba-tiba interprem dan bersiul dari tepi), then aku pun cakap lah:
"Erm, I can't play" (sila baca dengan suara Harrison Ford di zaman kegemilangan beliau). Then bila dah naik stage, main dengan penuh ke-teror-ist-an, macam Maxim. PERGHH
Hati kecikku: Beb, ko nih tengah delusional tahap gaban ni. PATHETIC woi!
Aku: SEBOK LA KAU!!!!
Hekeleh, korang yang baca ni suka lah kan. Apa korang ingat aku ni betul-betul bongok pasal muzik ni ke. Hah, ambik nih! Bukti aku tengah main gitar. Muahahaha.

Aksi terlampau aku yang memang fake giler babeng.
Okay, itu tipu je. Posing selama seploh saat bersama gitar adik perempuan aku (Ina). Oh ya, lepas tangkap gambar, aku pun tangan pergi gatal, tuning the string (dengan penuh ke-lemau-an) sampai putus satu tali gitar. Oh, cuak! Then terus sorok gitar tu dalam stor, sambil berpura-pura tidur. Ina.... SORRRYYYYYYYYYYY~~~ Abangmu tidak sengaja (0_o) <-- statement seorang abang yang tak senonoh, sila jangan tiru.
In a nutshell, aku cuma tahu mengetip jari untuk mengubati kesedihan hati sebab tak tahu main muzik. Ada sesapa nak jadi cikgu muzik aku tak?
p.s. humangaih, tak bley blah... guna IN A NUTSHELL (-_-").
Jom Sambung Baca...

For some reasons, aku tafsir iklan ni sebagai
dua orang pramugari ni tengah sibuk mengayam ketupat
Nak balik nak balik nak balik. Pergh memang tak sabar giler. Flight ke Malaysia next sunday, patutnya monday morning baru sampai KL. Sudah setahun tinggal rumah, homesick seyh. Eh eh, nanti balik nak pakai apa ek? hurm, problem problem. Then, bila keluar dari arrival gate tu nak buat pose ape? perlu ka muncung-muncung mulut?? Ke kena buat bajet-bajet kool sambil berjalan memakai spek hitam?
Hati kecikku: WEH apa ko bajet ko Tomok yang berbakat besar ke wey, macam la orang pedulik ko pakai apa.
Aku: Shadap yuu! Nak berangan sekali sekala apa salah.
Nota: Nama Tomok di sebut sebagai cubaan aku yang tak tahu malu untuk membodek beliau supaya mendermakan sedikit duit yang di menangi tempoh hari. To Tomok, I've always knew that you'll win OIAM. PERGH, tak tahaaann... Giler tak ikhlas + tak malu aku nih... (o_0)
Tapi tahun lepas, time balik malaysia for the first time, serius, keluarga tak bleh recognize aku. Oh mama... Apakah ini? T_T susah payah pakai baju smart-smart, tak bleh recognize pulok. Haish. Tapi memandangkan mama memintak maaf dengan ikhlas sampai tergelak besar setiap kali aku ungkit pasal insiden tak senonoh dia tak mengenali anak sendiri... dia telah buat satu suggestion.
Mama: Hah, next year emi balik taruk la bunga raya kat atas kepala. Besar kembang sejambak. KOMFHEM mama kenal emi
Hati Kecikku: Terdiam. (Cuma mampu menangis je) T_T
Tak per, tak per. Akan ku cuba pujuk mama, supaya dia terlupa janji tahun lepas. (-_-"). Oh, then bila cakap pasal balik ni. Entahla, tapi rasa macam nak carik kerja. Tapi tak tahu nak kerja apa. Ada tak kerja, yang kita kena senyum je kat pelanggan, then gaji dia mahal?? ada?? Or kepada sesapa yang bapak dia tu pengarah besar syarikat ke... silalah rekemen aku kat bapak-bapak korang ok?

Aku rasa, mamat rambut cacak tu agak kool. Mungkin boleh consider buat pesen (fashion) cenggituh nanti.
Erm, tapi seriusli weh, tak pernah kerja. Except for one time, kerja kat kedai makan makcik aku. Memula jadi waiter, then bila dah bosan. Duduk dapur, basuh pinggan je. jadi waiter sangat tensyen, especially bila orang pandang rendah kat waiter. Rasa mau kasi tendangan padu je dekat pelanggan-pelanggan yang kekwat. haish, mujur time kerja aku pakai badge "I'm a happy Worker" T_T
Hurm, tapi this time nak kerja apa ek? Pizza hut best tak? At least bleh gak tapau pizza bawak balik. keh keh keh. Korang ada apa-apa rekemendesen (recommendation)?

Jom Sambung Baca...
Lately, banyak betul citer asia yang di remake oleh orang holywood. Hek Eleh... Not a big fan. Sebab generally, the remade movies memang sangat busuk. Lagi-lagi kalau yang di remake tu, berasal dari kartun atau komik. Cuba tengok, Chunli?? Dragon Ball?? Pergh, memang tak menahan. Sesedap rasa je diorang dah memusnahkan aku punya cherished childhood memories. Haish, hopefully, Doraemon will not be remake into a live action movie. Otherwise, Ia akan sangat sedot! That will SUCK! Pfftt.

Sangat sedot kan?? Betul takk?? Okay, gambar ni tiada kaitan dengan holywood.
Tapi, still sangat sedooot. pergh, tak bleh bla.
Kepada pengarah/perlakon/pe-tok-nenek yang terlibat dalam dunia perfileman holywood. Kot ye pun nak buat remake, silalah buat macam filem kat bawah ni... Koman-koman pun, tak der arh memusnahkan fantasi aku masa kecik-kecik dulu. Go Asian products! *sambil berlari kekiri-kekanan membawa sepanduk untuk mempromosikan dasar pandang ke timur*
Sila bersabar, dan tengok klip ni sampai habis
Nevertheless, aku sangat terigin tengok, kalau-kalau diorang nak buat live-action movie for Crayon Shin Chan. Saperlah gamaknya budak 6 tahun yang mampu membawak watak tak makan saman tu ek? Ekeke.
p.s. Ini adalah sindrom tangan gatal mahu update blog, walaupun exam makin lama makin dekat. Aiyark. Sangat tensen woo. Tensen sampai rasa seakan-akan jerawat batu akan tumbuh dengan mekar di batang hidung. Simpang malaikat 44 (betul ke pepatah ni wei?), kepada bakteria-bakteria jerawat. Nyah kamu dari hidung ini. Akan ku sental sampai bersih. Haiiiyaaarkkk! <-- obviously, aku sudah setat meroyan. (-_-")

Mari ramai-ramai berdoa supaya budak comel di kanan ni
tak jadi macam budak comel di belah kiri (-_-")
Roger & Out!
Jom Sambung Baca...
DENGKI DENGKI DENGKI... Semalam birthday kawan aku.
DENGKI DENGKI DENGKI Last year, sambut birthday Zamri. Kecik, tapi best. DENGKI DENGKI DENGKI. Okay, sudah sudah.
Penat lah nak dengki dengki kat orang ni. Tak kentang langsung!
Bukan apa, sebab aku ni. I mean, our family. We just don't celebrate birthday. Kalau tak salah aku, last time kitorang ada proper birthday party time aku tengah 6 tahun. Then, semenjak tu. Aku tak pernah nak host any birthday party, kalau pergi menyemak kat birthday party orang ada ler. Hehehe, makan segala bentuk kek, conquer meja dessert, then tapau mana-mana yang patut. RAWR! *
bunyik godzilla kebulor sedang menyerang* Kawan-kawan sekalian, sila pura-pura yang korang tak nampak the tak-tau-malu-bin-gelojoh side of Helmi :')

Dengan gambar Birthday yang cun melecun cam ni, cuba korang cakap.
Tang mana yang korang tak dengki tu??
Then last year, pengalaman besday amat best. Besday atas kapal terbang MAS, sambil dikelilingi oleh kakak-kakak pramugari yang seksi meksi. Peewiiit! Sangat best taahuu... Okay, itu tipu. Mana ada best. Aku duduk dalam kapal terbang selama 13 jam; 5 jam tidur, 1 jam meneropong kakak pramugari secara senyap-senyap, 1 jam layan Mp3, 3 jam layan movie. The remaining 3 jam, aku merunggut dan membebel sebab lutut rasa nak tercabut, and buntut rasa kebas dan 'kembang'. Haish, rasakan penangan 13 jam duduk dalam kapal terbang. Seronok kan besday atas kapal terbang??? *
mata berguling-guling*
Tapi... Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari... Kusangka birthday dah takkan di sambut lagi, rupa-rupa nyer...
Eh eh, GELI la wei berpantun-pantun... Tukar!
Time second year punya birthday, ada la jugak buat makan kecik-kecik lan kat restoran pakistan di belakang rumah. Susah payah Zamri memerah peluh, nak menjayakan majlis harijadi tu. Tapi, aduss. Aku pulak buat hal. Orang cakap... "Happy birthday Helmi" aku dengan penuh perkasa plak pergi cakap... "Err, thanks! But my birthday is next week". Aiyark, LOSER giler. Bukan diorang yang silap, tapi aku yang sebenarnya tersalah tarikh. Aku ingat time tu baru 10 haribulan, rupanya dah 18 haribulan. (T_T)
Sila jangan salahkan saya, sila salahkan kalendar lumba kuda yang bergantungan di atas dinding tapi terluper nak koyak mukasurat depan. *Sambil memecut laju sambil men-serkupkan muka dengan periuk belanga* Segan giler siot. Nevertheless, rakan-rakan yang lain telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan water face saya (air muka) dengan berlakon yang konon-konon aku ni tengah buat lawak antarabangsa. Oh rakan-rakan. I LAP YUUU SO MUCH...

Patung askar idaman hati, dulu kini selamanya. (
idp05)
Pssssst:
Hadiah harijadi yang paling aku teringin adalah patung askar ketot bekaler hijau. Dulu time kecik-kecik, bapa memiliki habit mem-ban patung permainan di kalangan anak-anaknya... So tak pernah ada patung nih. Oh why bapa whyyy??? Tengok, kan sekarang saya dah mengidam nak beli patung askar. (T_T) Jap jap, Adakah korang time kecik-kecik dulu pernah dapat mister patung askar time birthday?? Haiiih.. Ni yang Jeles nih. (o_0)
Oklah, saya mahu pergi bukak kilang tahik mata skarang. Roger & Out!
Jom Sambung Baca...