Kamu Pernah Kena Intip Dengan Stalker?

50 Orang Dah Berdangdut

Sorry, sebab lama tak update. Bukan apa, cuti dah habis. So aku memang giler busy dengan kelas, Sigh. Dah ler exam lagi sebulan, chess. Banyak giler siot tak cover lagi. Depresi... Depresi...

says seorang stalker
Jangan salah kan aku, cuba kamu google perkataan 'stalker'.
Korang ingat senang ke nak carik gambar yang relevant? (LeslieFence)


Anyway, aku nak tanya korang. Korang pernah ada stalker tak? Entah, aku macam tak pernah. Sapa la plak gile nak stalk aku. Tapi pikir-pikir balik, memang takut seyh dengan stalker. Selalunya, yang jadi mangsa stalker ni, orang perempuan. Kalau stalker tu, cuma tengok dari jauh, dari jarak 10 KM tak pe lagi. Ini, kalau yang jenis paranoid tu, siap berteropong, mengacau segala privasi, memang tak bleh blah. Nak nak, yang jenis cacat otak tu. Kalau kita tak layan, mula meroyan. Kalau yang lagi takut, ada siap sampai ugut-ugut. Gile ape. Tsk tsk tsk.

Sebenarnya, although aku tak pernah kena stalk. Tapi aku ada pernah kenal orang yang kena stalk. Aku tak berapa ingat sangat, tapi lebih kurang macam ni lah.
Satu hari, kawan perempuan aku ni pergi town. Then secara tiba-tiba dia di mengorat oleh seorang mamat ni. Bila kawan aku tak layan, si mamat ni ikut dia dari belakang. *sila pasang lagu background filem Jaws* Apa lagi, kawan aku jadi cuak arh. Laju-laju dia jalan. Then sampai satu tahap, si stalker tu pegang tangan dia, mintak nombor telefon. Nak berkenalan ke aper tah. Kawan aku tu, terus ar dia menangis. Mamat tu start jadi menggelabah, then terus belah. Lahanat betul mamat tu...
Entah, sumpah benci, benda-benda macam ni. Sebab aku rasa, dah kalau orang tak nak layan, buat bodoh je lah.. Tak yah ar nak desperate sangat, lepak sudah~ Daripada korang buat habis tenaga nak stalk orang lain, baik korang balik rumah makan karipap. Pfft...

Since aku ni lelaki. So rasanya masalah macam ni tak de kot. Tapi, kekadang risau la pulak. Yer lah, orang-orang zaman sekarang ni, makin lama makin baik. Makin bertambah alim *sarkastik*. Baca paper, baca internet, sana-sini ada orang kena culik laa... rogol laa... Aku selalu ingatkan kakak and adik aku, suruh diorang balik sebelum malam. Sebab kitorang ni, ada curfew pukul 7 malam. Maknanya, kalau nak merasa kesedapan tendangan padu kaki bapak aku, silalah kami adik beradik balik lepas pukul 7 malam. Kui kui kui, sekarang parents aku dah longar sikit. Kalau nak balik lepas pukul 7, kena call and mintak kebenaran...
Tapi dengan syarat, setiap 30 minit telefon diorang, kasitahu kitorang tengah buat apa, and paling lewat balik sebelum pukul 10 malam. Kalau balik lambat tu, alamatnya kena kunci kat luar rumah selama sejam. Huish, pernah beb. Jenuh aku ketuk-ketuk pintu, suruh mak aku bukak. Mak aku, dengan penuh brutal nyer, tunggu sampai sinetron Intan habis baru bukak pintu. Padan muka ko Helmi. T_T Demn you Intan~
die twitter die
Terbukti aku memang mental. Aduh... (Tattooedtees)

Eh eh, alang-alang cakap pasal stalking ni. Aku nak kasitau korang, yang bermula kelmarin, aku dengan jayanya telah me-registerkan diri menjadi seorang stalker internet. Aku dah ada account twitter. Yabedabeduuu~ so boleh la aku stalk orang lain tanpa mengganggu-gugat ketenteraman awam. Zamri pun ada gak. Aku bukan nak suruh korang follow kitorang (sapa yang nak follow tu, tak de la plak aku nak larang). Tapi aku kasitahu ni sebab aku yang nak follow korang (kira macam stalk la tu kan?). Yer lah, asyik korang je baca update aku kat blog ni, aku nak gak tahu apa korang buat setiap hari.
Bagi siapa yang masih batak pasal twitter (macam aku lah, he he). Twitter ni, sebenarnya simple je. Korang cuma kena jawab "What are you doing?". So, jom kita ber twit twit. Sesiapa yang tak de tu, korang click sini dan buat satu account (ambik masa 30 saat je nak buat account). And sesiapa yang dah ada account tu, sila tinggalkan link twitter korang kat comment box bawah ni ok. Senang aku nak stalk korang.
Ok lah, aku sangat busy ni. mahu stadi. Chey, padahal nak pergi makan karipap. (^_^) Babai!
p.s. walaupun tak pernah kena stalk, tapi aku pernah kena kacau dengan orang gile seks. Haish, Nasib baik, aku cuma tahu taekwondo cap ayam je. Kalau tak, lunyai aku dah aku belasah mamat tu :') Chimpanzee betul. *Bengang*

Jom Sambung Baca...

Rumah Sakit means Home Sick

63 Orang Dah Berdangdut

lembu yang homesick
Rumah Sakit = HomeSick, lalala~


Tadi satu benda mejik berlaku. Aku turun bawah, tengok-tengok ada seulas durian. Apa lagi, dengan laju dan penuh keyakinan diri, aku main rembat je. Memandangkan aku memang seorang pengamal konsep barangmu-barangku jua yang amat tegar. Eh eh, tak de lah, giler aper makan makanan cilok. Sebenarnya housemate aku yang pelawa. Lepas makan tu, aku pun buat-buat tanya la harga durian tu. Yer arh, aku ni hantu durian, apa barang makan seulas je kan. So risik punya risik aku tahu la mana roomate aku beli durian tu, and berapa harga dia. Korang tahu harga dia berapa???
DUA PULUH FREAKING POUND... SEBIJIK!
Korok mu, mahal nak mati. Jadi kepada sesapa yang rasa kasihan akan nasib malang seorang jejaka yang amat merindukan buah-buahan tempatan Malaysia, silalah beli sebijik durian, dan kirim bijiknya ke UK ni. Supaya nanti aku boleh beli pasu bunga, dan tanam di tepi tingkap dalam bilik tidur. Sumpah, kalau korang pos bijik durian kat aku, setiap pagi aku siram pakai air power root + Red Bulu Bull. Biar kasik tonik sikit kat pokok durian tu, cepat sikit membesar. Eh, jap jap... Aku termelalut. Sorry. (-_-") Sebenarnya aku nak cakap pasal homesick ni. Sebab tadi, aku dapat message ni dari mak aku.

sms dalam handset cabuk aku
Bubble putih: Ayat mak aku
Bubble hijau: aku punye reply
Bubble Party: errrk (-_-")

Yup, adik bongsu aku homesick. Baru masuk asrama dua hari, dia dah meleleh nak balik. Haish. Haritu dia yang frust menongeng sebab tak dapat mana-mana offer SBP. Ni bila dah dapat, tup tup, nak belah (keluar) plak. Hempuk dengan sudip kang, baru ko tahu. Aduss...
Wei adik ku yang kucintai, apa kata kamu pergi je duduk kat asrama tu, nanti abang belikan cokelat dan jajan (keropok/crisps) dari UK ok. Pergh, nampak bebenor aku memang kedeng (kedekut) giler. Kalau tak pun, nanti abang carikkan pakwe untuk kamu. Set?? Chey, abang mithali sungguh aku ni. Tahun depan boleh menang tokoh abang terbaik negara ni. Tapi... banyak cengkadak nak kasi adik aku ada pakwe. Aku pun belum ada makwe, nak lawan tokei plak ko ek.
Nasib ko laa, he he... Then tadi siang-siang lagi aku dah warning kat mama, jangan ikut sangat peel (karenah) si baby tu. Aku suruh mak aku pilih salah satu option kat bawah:
  1. Datang tengok adik aku setiap minggu, and setiap malam talipon dia. Biar hilang sikit rindu kat rumah.
  2. Kalau masih tak jalan, suruh mak aku cakap macam ni "Baby, try duduk asrama selama sebulan. Lepas sebulan, kalau nak keluar jugak baru keluar ok?". Tapi of course, memandangkan aku ni seorang abang yang rasa cam bagus, suka buat keputusan untuk adik-adik aku. Aku cakap kat mak aku, lepas sebulan, sila buat-buat lupa janji tadi. (Kawan-kawan, sila jangan contohi aku)
  3. Setiap kali adik aku call, jangan jawab. Nak senang lagi, tukar nombor telefon, and pindah rumah. Hah, pueh hati den. Menangis la ko puas-puas. Muahaha~ Oh, aku memang seorang abang yang paling kejam dan tidak ber-liver tummy (berhati perut). Ini adalah strategi paksa-rela terakhir untuk adik aku. :')
Tapi tu lah, aku tahu yang kita tak boleh paksa. So aku memang serba salah giler. Haish, pening-pening. Esok aku kena call dia, nak try basuh dia cukup-cukup biar dia nak duduk asrama. Muahaha
p.s. Adakah wujud kemungkinan yang adik aku tengah mengalami *batuk-batuk* ketidak seimbangan hormon *batuk-batuk*? Adakah selepas 7 hari mood beliau akan jadi elok kembali?


Jom Sambung Baca...

Jom Link-Mengelink.

212 Orang Dah Berdangdut

Link Exchange Menjamin Masa Depan Cerah
You Lap Me, I Lap You... Kita main Lap-Lap ok?? (Masterwordsmith)


Bagi sesiapa yang berminat, selepas kamu link kan blog kitorang ke dalam blog kamu, sila tulis komen kat bawah. Dengan sepantas sonic the hedgehog Watson Nyambek (korang ingat ke siapa mamat ni) akan kitorang link kan blog korang ke blog kitorang. Masukkan nama yang korang nak kitorang gunakan (maximum 3 perkataan), and masukkan sekali URL blog/website korang. Silalah rujuk dan gunakan format dalam komen first di bawah untuk memudahkan urusan link-mengelink (aku ada kasi contoh).

Oh ya, sebarang website porno-morno, adalah susah sikit kitorang nak pertimbangkan. Tak baik weh. So apa lagi, jom bertukar link sampai lebam.
P.s. Sesapa yang dulu dah link tapi kitorang tak link lagi, sila kasitahu sekali. Nanti akan di updatekan link kamu ke sini jugak.
Senarai kroni-kroni berdaftar... Disusun ikut alphabet.
*update* Bagi yg dah isi borang kroni kat bawah, sila datang dan check link anda selepas 24 jam. Takut ada silap link, silap eja, silap segala-gala apa benda yang boleh tersilap. Then, kepada semua yang request link exchange, tapi masih belum link kan blog ni, anda akan mendapat ciuman cinta berlambang "pending". (Sorry, tapi kena adil kat semua orang). So bila korang dah update link kitorang kat blog kamu, silalah kasitahu kat bawah. Akan ku update link korang kat blog ni dengan laju-laju.
[A] - Akmar Anuar, Atiqah Hanani, Aidy Shahiezad, Afredlicious, Aura Fitra, Aku Tak Cool, Adie, Alymia Nelyza, AdreYna, Aus, Adik Ipar Aangelina Jolie?, AdieNING. @ris@ (pending), Aqila, Anak Ikan Chubby, Aien, Ain, Adam Eben, Airland (pending), Aya
[B] - B, Basar, Bil Hanson, Biskoot
[C] - CiK NieSah, CuteAslina, Cik Najat, Cek Yot, Cikputri, Cik Shenyum ;)
[D] - Deliciously Azfarul, Dyndd (pending), Dr. Darren
[E] - Efzec.com, Emma Songall, Elyasshowtt (pending)
[F] - Fido, Faten's way, Fatin Hanani, Farahk, Fatinfauzi, Faha Skewl (Pending), Fiza Azmi, Farha Ghouse
[H] - Hannahsahimi, Hawanasir, Halusinasi?, Hazwan Hassan, HusnaItuSaya, Hafidz
[ I ] - Izna Adi, Isbjørn Fra Nord, Ijat, Ie3za I.N.A.N.I.M.A.T.E
[J] - Joey
[K] - KhairiL's, K.I.T.A, Karina, Kydie, Kipas, kereperSYUE, Kroll
[L] - Lisa Farhana, Little Human, Lancelot Gobbo (pending), Lighta Shadowee, Lady_zera, lUna, Lurve_purple, Lee (pending), Lilo_ToMaTo
[M] - Myprecious~eezmo, Miss Vociferous, Minajasmina (pending), Madey, Mira Wangi (pending), Mr Ude , Malhebat, ♥♥me ~ cik sara, Myra Auni(pending), Milimilo, ~MaFiA~
[N] - Nisa, Nad Enha, Nenek™, Naxious (pending), Nadee Mingo Mingo, Nadxoxo, Nurol (:, Nenananie
[P] - PoJiePooH, Piqah SHJ, Petani Manja, PeAnut, Perfume Oil (pending), Pert
[Q] - QueeN (pending), Qlachan
[R] - Razfira, Rizz, ReriaNG Mata BuLaT?, Rehan Monkibizniz
[S] - Syazlin, Si Comel, Syamsudu, Shahirah Ahmad Termidi, Si Geebah, Syimalicious, Selamburb, Syafiqa Rahim, Sa-Pian, Sara Berryles, sQema(pending), Syed Hafeez, Saya Budak Baik, Soju (pending), Syakira Ikram, Shakinah, Super.atiq, Syahira, Syazana's Life, Syazana's Part Time, Sharifah Nursyahidah
[T] - The Other Khairul, Therealrocknrolla (pending), Tulisan Tak Cantik, Teacher_reen
[U] - Ul
[W] - Waifa Kairana, Widuri
[X] - Xuen Adyla
[Y] - Yoo-Rin Twin, Yen, Yoyoey
[Z] - Zat, Z I K R Y, Zyra J, Zaza Daud, Zinnera, Zara D Enigma, Zara札拉 [사랑해~

Jom Sambung Baca...

Apa yang aku nak jawab nanti?

31 Orang Dah Berdangdut

Semalam, lepas balik dari solat jumaat, Zamri tunjuk kat aku trailer movie The Stoning of Soraya M. Well, aku sejak dua menjak ni, memang suka tengok movie yang cantik dan bermakna. Mungkin aku dah jadi makin matang, entah. Chey, matang konong.

Hati Kecikku: Matang yerr??? Your blog is anything but matang. Pfftt.
Aku: Shadap yu!
Anyway, movie ni cambest. Korang try test tengok trailer kat bawah ni. Aku dah buat sikit research pasal movie ni, it is based on an international bestselling book, which was based on a true story. Bila cerita ni berlaku, entah. Ada orang cakap 200 tahun dulu, ada orang cakap 50 tahun dulu. So aku pun tak sure.


Click SINI untuk pergi ke official website movie ni


Tapi, aku agak takut. Movie ni agak controversial. Bagi muslim-muslim yang agak orthodoks dan conventional, mungkin diorang akan tentang movie ni. Entah. Mungkin kerajaan Malaysian akan ban movie ni, entah. Aku seriusli tak tahu. Tapi kekadang, aku rasa daripada kita tutup mata dan buat tak tahu pasal isu-isu macam ni. Baik kita ambil tahu, supaya kita boleh sediakan jawapan. Sebabnya, kalau kita tak tengok movie ni, tak bermaksud orang lain (especially non-muslims) tak tengok. Movie ni, akan provoke thoughts, akan provoke questions. Pasal Islam, and Islamic practice.

Obviously, aku tak boleh jawab, "It is just a movie" or "Movie ni orang di buat oleh orang yang berniat jahat". Sebab, this was based on a true event, and peristiwa rejam ini memang berlaku, dan memang ada dalam Islam. Jadi, aku rasa mungkin aku (dan korang) akan ditanya soalan-soalan macam kat bawah.
  1. Kenapa Soraya M direjam?
  2. Bukan kah merejam itu kejam dan tak berperi kemanusiaan?
  3. Kenapa Islam tidak adil kepada Soraya M. ?
  4. Movie ni mengambarkan penindasan wanita dalam Islam. (Of course, this is not true). Tapi dalam movie ni, Soraya M dituduh berzina dan direjam. CNN pernah report pasal ni, cuba search kat youtube under honor killing KLIK SINI.
Entah, aku tak sure apa yang aku boleh jawab. Ilmu agama aku memang sangat sikit. Tapi better kita pikir sama-sama dan prepare, dari kita buat-buat ignorant. Supaya nanti, takder arh terkangkang-kangkang sebab tak reti nak jawab ape bila orang mula menghentam Islam lepas tengok movie ni. Haish.

Poster Rejam terhadap Soraya M.
The size of the stone shall not be so large as to kill the offender with one or two throws...
nor so small as to be called a Pebble (The Islamic Penal Code of Iran - Article 104)
P.s. Sorry, ini entri serius aku yang pertama. Then, aku tak sure, apa yang aku tulis ni appropriate ke tak. Kalau korang nak aku buang entri ni, sila cakap. Kalau ada 5 orang mahu aku buang entri ni, aku akan buang.

Jom Sambung Baca...

Ahli magik, perempuan berbikini, kotak, dan gergaji. Apa barang wei~

42 Orang Dah Berdangdut



Mejik siot, betul-betul pelik...


Dan disebabkan aku adalah orang melayu tipikal yang agak malas berfikir, this is the time aku akan cakap macam ni:
Shit! Mamat ni bela setan seyh.
Frankly, time kecik-kecik dulu, kalau nenek aku dah malas nak jawab soalan aku yang banyak bebenor setiap kali aku tengok magic show kat TV, itulah jawapan dia. Nenek, I still love you, nevertheles. ;) Haish, Ada sesiapa nak cuba teka camner mamat ni buat macam tu?

Jom Sambung Baca...

Updated: Kempen Menelengkan kepala kekiri kekanan dan kekiri berkali-kali

30 Orang Dah Berdangdut


Tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan. Then melintas dengan laju-laju.
Aku nak update blog, tapi tak sempat. Gue mau pergi sembahyang jumaat. Sila kasi aku masa 7 jam untuk mengupdate entri ini. Ada sesiapa yang rasa dia ada sixth sense, boleh la teka aku nk update pasal apa nanti. he he.
[UPDATE]

Okeh, saya mau mintak maaf dengan penuh ikhlas dan hati yang mulus. Mana tahu, kalau-kalau korang jenuh menunggu selama 7 jam, untuk baca update entri ni. Ceh, macam ada je orang sibuk nak baca entri ni. (T_T) Tapi, seriusli, tadi nak update. Tapi something happened lepas solat jumaat, so aku jadi trauma selama dua perpuluhan dua lapan saat. Untuk menghilangkan trauma, terpaksa terperap dalam bilik sambil menyanyi "trauma yang melanda..." Cheh, padahal bukan ingat pun apa yang kumpulan ELITE nyanyi.

Anyway, tekaan korang memang bernas dan sangat mantap *sila melompat-lompat keriangan tanda eksaited sekarang* Tapi, sila jangan sedih... Jawapan kamu salah sebenarnya. *dengan laju menghulur cokelat Tora untuk merasuah korang semua* Ok ok, sila jadi serius Helmi! Sebenarnya, aku nak cakap pasal melintas jalan. Kamu tak perasan ke, mamat dalam video tu main belasah je. Dah la tak tengok kiri-kanan, adoi... Bukan apa, tetiba terpikir pasal ni, sebab dulu, time adik aku kecik-kecik. Dia memang sangat kentang setiap kali dia nak menyeberang jalan.
Sila jangan tanya kenapa kentang, aku pun tak tahu. Kalau korang tak suka, sila gantikan perkataan kentang tersebut kepada perkataan karipap.
Adik aku ni, jenis otai and berani. Kira macam kalau masuk pertandingan wanita besi, ada can lah dia nak bawak balik pingat johan. Then, dia ni... bila nak melintas jalan, memang sesedap tok nenek moyang dia je. Bukan nyer reti nak tengok kiri-kanan. Sampai aku pulak yang naik risau. Haish. Bila aku tanya, apsal tak melintas elok-elok. dia boleh plak jawab:
Alaa... Relaks arr, nanti kalau derebar tu nampak budak melintas, komfhem dia stop punyer. Otherwise, dia gak yang kena saman nanti.
Humang aih, rasa macam nak jentik je hidung adik aku tu. Entah mana tah dia belajar konsep melintas jalan yang memang sangat perkasa ni. Mujur gak lah, lepas tu sibuk kat TV keluar iklan kempen melintas jalan.
Terima kaseeeehhhh SAMI VELLLLLUUUU~
Jadi sila pastikan korang mendera melatih adik-adik korang supaya diorang pandai melintas jalan. Dan kalau korang memiliki sikap yang terpuji, jangan lupa terapkan nilai-nilai murni supaya adik korang akan menuntun tangan orang-orang kurang upaya yang mahu melintas jalan. *sila bayangkan aku sedang senyum kambing tanda puas hati di atas usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur yang telah di lakukan*

P.s. Kejap kejap. Adakah mungkin kejadian lepas solat jumaat tadi berlaku disebabkan tangan aku gatal menulis pasal stalking sebelum ni, so dia jadi betul-betul? Adusss...

P.p.s. Disebabkan twitter dah tak de cerita dengan jelas pasal peristiwa trauma tu, korang boleh klik kat SINI untuk baca dengan terperinci apa sebenarnya yang terjadi. Aku ada terangkan dalam salah satu komen kat bawah.

Jom Sambung Baca...

Sakura = Cherry Blossoms

26 Orang Dah Berdangdut


Sekarang ia telah berbunga,
baruku tahu ada sakura di depan rumah.

*nak buat haiku tapi tak jadi-jadi*

Jom Sambung Baca...

Ini lah sebabnya Kenapa kita tak boleh tengok Cerita Lucah

51 Orang Dah Berdangdut



Aku tak tahu, nak kesian kat sapa. Kat kura-kura tu ke... kat kasut tu ke...
tak pun kat kaki yang kemungkinan bercagu yang memakai kasut tu...

Sebab ni lah orang tua cakap jangan layan porn... nanti kang nafsu cam setan. Tapi video tadi aku rasa agak lucah sebenarnya, erk~

Aku rasa mesti lepas record video tu, pemilik kasut tu dengan laju dan pantas men-talipon "tele-mangsa rogol" (betul ek nama dia macam ni?). Then cakap macam ni: "Tuan inspektor, kasut saya dah tak virgin. Kene rogol dengan brutal dan ganas oleh seekor tuntung". Adoi mak~
Hati Kecikku: Tele-mangsa rogol?? Tuan INSPEKTOR?? Dude, seriously??
Aku: SHADDAP YOU!!!
Tapi seriousli, aku rasa entri ni sumpah porno giler. Kepada Encik Kura-Kura, lain kali silalah jangan konpius lagi lepas ni. Tsk Tsk Tsk. (-_-”)
p.s. Bila cakap pasal kura-kura bernafsu binatang ni, aku teringat dekat kucing kat rumah aku yang dua ekor (nama dia Zatt and Bejot). Diorang adik beradik, tapi melakukan sumbang mahram. Yang paling best nyer, dua-dua JANTAN! Tensen, tensen. Kalau ikut kan hati, dah lama dah aku kasi (spay aka potong anu) kucing berdua tu. Memang binatang betul kome yek?? Jangan nanti aku yang kena panah petir sebab tak reti mendidik kucing udah.


kucing aku gay
Kucing-kucing aku tengah tidur. KLIK SINI untuk tengok video diorang tengah bermain.
p.p.s. Just in case korang nak tahu, "Zatt" tu dinamakan semperna nama anak tokey kedai nasik ayam. Dan "Bejot" tu adalah bahasa bebudak asrama penuh, maksud dia period (datang bulan). Aku lah yang taruk nama tu :'). Kalau tak adik aku nak taruk nama 'Berak', lagi tak senonoh ^_^. Muahaha.


Jom Sambung Baca...

[Update] Pontianak, Setan dan Pari-pari... Semuanya satu famili kan???

62 Orang Dah Berdangdut

gambar hantu pontianak Kamu pernah nampak hantu ker?


Aku ni memang gemar tengok cerita hantu, lebih gemar tengok cerita seram dari tengok cerita lucah (ini lawak saja, sila jangan speculate yang bukan-bukan). Yer lah, kalau tengok cerita seram, boleh jerit-jerit. Tapi itupun kalau tengok sorang-sorang jer la (or at least tengok dengan family). Kalau tengok dengan orang lain, nak-nak kawan perempuan, komphem (confirm) diriku ini akan mengkontrol cun+macho+kacak dengan sebaik mungkin.
Apa korang ingat aku nak menjerit dengan suara high pitch sambil menggigit kuku dan bersembunyi di sebalik bantal yang besar tiap kali hantu keluar ker? Silap orang la wei. Mengkontrol kemachoan always comes first. Heheh~
Tapi bila cakap pasal cerita hantu, aku selalu ada fetish (or imagination) yang bukan-bukan. Aku mengidam giler nak tengok cerita hantu vs hantu. Yer arh, asyik-asyik hantu vs orang je, tak der variety langsung. Korang perasan tak, tak pernah nyer hantu lawan hantu. Cubalah sekali-sekala buat movie yang orang yang mati kena bunuh dengan hantu tu sendiri menjelma jadi hantu. Takkan lah dia kena bunuh dengan hantu dia tak berdendam kan?? (Dendam = syarat utama untuk transform jadi hantu jembalang kan??) Then dia pun lawan tarik-tarik rambut dengan hantu yang asal... One word:
MANTAP GILER!!!
Lagi satu, korang perasan tak yang hantu kat Malaysia dengan hantu kat negara lain (especially barat) jauh berbeza. Padahal dua-dua pun spesis setan gak. Yang sama, cuma kalau dah namanya hantu tu, semua mesti rambut hitam. Ibarat, Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain (-_-”)... Korang pernah pikir tak? Entah laa, kot-kot hantu-hantu itu sekalian masih tak jumpa lagi dye rambut yang halah. Tak pun, diorang tahu yang meng-kaler rambut tu tidak digalakkan di sisi syarak, entah laa...

Then, cakap pasal hantu jembalang ni, sebenarnya kat Scotland haritu, diorang pun ada gak versi hantu/makhluk ghaib diorang sendiri. And yang paling best, was pasal this satu hill yang mengikut legendnya di diami oleh fairies (pari-pari). Tour guide tu, cerita lah yang pari-pari tu ada this satu magically arranged love-shaped rocks yang kalau kita taruk barang, kita akan jumpa true love. Romantic, yes. Tapi nak cakap aku percaya, tak jugak. And disebabkan bosan + penat haritu, aku and Zamri gatal-gatal pergi arrange batu buat another love.

aku tengah mencari cinta
Aku tengak berlakon menjadi pari-pari yang menyusun batu-bata


sampaikan tourist yang lain, tertipu ingat batu-batu yang kitorang susun tu was the actual love-shaped rocks arrangement. Pfftt, mahu gelak kuat-kuat, tapi terpaksa tahan je. Muahaha. Mungkin aku ni ada genetik pari-pari tak? kah kah kah...

tipah tertipu
Dua orang Tipah Tertipu yang sedang khusyuk menangkap gambar. Kui kui kui

Then dia cerita lagi, yang ada this tourist pernah ada pengalaman paranormal dengan fairies tu. Dikatakan, fairies tu dah ikut dia balik ke hotel, and malam tu dia kena kacau. Bila ditanya kena kacau macam mana, tour guide tu jawab "tourist tu kena rasa macam kene himpap/lenyek dengan something invisible".
Hati Kecikku: Hukeleh~ Kat Malaysia ni dah biasa dah himpap-menghimpap dengan benda invisible, Tak heran pun...
Aku: Tsk tsk tsk. Hantu Malaysia lagi terer dan terrifying arh. Pffftt (sound effect cuba menahan gelak dengan sedaya upaya).
pari-pari di dalam gambar misteri
Agak-agaknya, tourist tu kena himpap dengan pari-pari yang berdua ni kot. Ho ho ho

And cakap pasal benda ni, aku sebenarnya ada lagi satu gambar. Orang Turkey cakap, ini sebenarnya gambar berhala (mini) Dewi Anthena, tapi aku punya first Impression was something else. To me, it looks much like

CLICK UNTUK MENGETAHUI FIRST IMPRESSION AKU

And finally, ini ada satu buah tangan untuk korang. Aku rasa, trailer movie ni mampu membuatkan korang takut mengengok movie kat wayang selama lima belas hari. ho ho ho.

Konklusi:
Adakah aku berjaya meyakinkan korang yang aku adalah seorang yang tak takut hantu (walhal aku cuak giler dengan hantu T_T). And hantu yang paling aku takut is hantu pocong. Seram seyh. Korang tak rasa ke pocong adalah hantu yang paling menakutkan dalam dunia? *sambil meremang bulu ketiak roma*
Update:
Cerita hantu vs hantu yang sudah dikenal pasti adalah Pocong vs Kuntilanak dan Freddy vs Jason. Tapi dua-dua light horror movie je, tak de la seram mana. He he. Kelakar lagi ada lah.



Jom Sambung Baca...

Lelaki yang menangis tidak macho kah?

55 Orang Dah Berdangdut

Aku lelaki, so memang aku jarang menangis setiap kali tengok movie. Kalau menangis pun, aku akan pastikan yang aku tengok movie tu, secara solo (sorang-sorang) kalau tak. Fulamak, mana mahu sorok ini water face (air muka) wey.


Something happened and I think I need to cry (credit: Lexidh)


Kalau tak silap aku, cerita last yang buatkan aku menangis/meleleh/hujan lebat/banjir kilat adalah 1 Litre of Tears (Click untuk menengok music video) kot. Pergh, meleleh-leleh, mujur tak banjir. Aku rasa, aku menangis sampai seploh gelen kot. Sampai terpaksa cover-cover line time nak mengesat air mata, sebab time tu aku tengok drama tu dengan roomate aku. Apa barang lelaki menangis kan?? Pergh, statement gila poyo. hehehe...


Tapi pikir pikir balik, aku sebenarnya risau giler. Yer lah, mana tau kot kot aku ni dah takder perasaan. So aku nak test tengok satu movie yang sedih giler babeng. Tapi genre movie macam ni apa ek, genre sad tak der kan?? Jadi aku nak pinjam kepala hotak korang, nak mintak suggestion movie apa yang paling sedih yang korang pernah tengok. And in return, aku akan suggest satu movie yang best kat korang. Aku, Zamri, and Zaff dah tengok movie ni kemarin dan kitorang memang suka giler. Oh, don't worry, this is NOT a depressing movie or anything of that sort.



Jadi rakan-rakan sekalian, apa tunggu lagi. Silalah mengamalkan sistem barter untuk keamanan sejagat. Suggestion anyone? It's meleleh timeeee~ *sambil keluar ke kedai runcit untuk membeli enam kotak tisu*.

Jom Sambung Baca...

Berus gigi was not the only thing yang merosakkan mood aku di Scotland

48 Orang Dah Berdangdut

Lihat, dan tengok, dan kagum, dan carik benda pelik kat gambar di bawah.

sila carik benda yang tersembunyi
Background dah cun, tapi chess dan chess.
Ada pulak benda yang sangat terjojol merosakkan gambar yang hensem ni. T_T

Yup! Badigol betul. Aku terpaksa membuat jenayah fashion. Memakai boot getah (welly boots) yang sungguh bewarna warni dan sebelah lain-sebelah lain. Entah, mungkin sebab hati aku sangat gembira sebab musim bunga dah datang, tu yang aku pakai kasut yang super colourful tu kot. Pergh, tak tahan. Okay, aku tipu! Korang ingat aku saja je ke nak pakai benda alah tu?


Here's a flashback of what really happened...
Second day kat Scotland, kitorang ada misi nak jungle trekking kat hutan belantara and menawan gunung-gunung , chey... padahal bukit je kat Scotland. Bukit yang penuh lumpur, penuh lecak. So, kitorang kena lah pakai kasut hiking/jungle trekking

kasut aku, kasut zamri
Zamri pakai combat boots yang sangat sesuai untuk hiking,
aku pulak pakai kasut PUTIH yang sangat TAK sesuai untuk hiking

Aku pun, dengan penuh kegusaran dan keraguan, dan kepeningan kepala hotak, pergi lah mengadu kat tour guide tu. Apa, korang ingat aku sanggup ke mencalit kasut putih aku dengan setempek lumpur. dah la tak bawak kasut spare. Bijak-bijak... Korang tahu apa orang tu cakap kat aku?? "Not to worry mate, you can hire the welly from us". Aku dalam hati, humang aih, kemain (bukan main) suka. Rasa macam ada life saver yang muncul secara tak semena-mena untuk menyelamatkan aku yang tengah dilanda badai masalah. he he. But then... Jeng jeng jeng...

Yeah right, 'hire from us' kepala hangguk ko *giler tak reti bersyukur aku nih*. Macam lah banyak pilihan. Ada tiga je pun. One is a very small female-ish welly, one is a XXXL yellow welly, and the third one is size M (muat dengan kaki aku) but the look... well, korang tengok je lah gambar kat bawah ni. (-_-”) One word: SERABUT!

kasut yang aku sewa sob sob
Kasut zamri, kasut aku, dan kasut kuning bersize triple XL


Seriusli, aku rasa macam kehormatan aku kena cabul. Banyak giler orang pandang. And setiap kali diorang pandang, rasa macam nak sumbat je kasut tu dalam mulut diorang. Tak pun, kasi pelempang jepun. Biar berdesing, pueh hati den! Adoi, kebrutalan yang lahir sebab rasa segan yang teramat sangat. Sabar Helmi, sabar.

the Australian Dude
Kalau aku perasan dia tengah usha baeek punya, mesti time-time tu jugak
aku cabut bulu hidung dia satu-persatu. Badigol betul. haish.


But then, selepas 2 jam, 27 minit 18 saat aku memiliki perasaan yang cam celanat, Neil (our tour guide) datang kat aku, and bercerita. Yang dia cakap, boots yang aku pakai tu, memang purposely di buat sebelah lain-sebelah lain. Dia cakap the left one represents this very good Scottish football team, and the right one shows the logo of the shittiest team (team paling lemau lah tu). Or perhaps it is the other way around, entah.

Neil, the tour guide yang best dan kelakar
Neil sedang cuba memujuk hatiku yang sangat sedih dan terguris.
Huk huk. Yeah right! :D


Tapi this thing memang buat mood aku jadik okay sikit lah. Mood aku jadi okay banyak, lepas something else happened. Which was

kasut berlumpur, kah kah kah
Pueh hati aku. Muahaha... Obviously, gambar ni aku cilok kat internet,
aku tak de la kejam nak ambik gambar kasut diorang (source)


Yup, kasut mangkuk-mangkuk hayun orang-orang yang gelak tak ingat dunia kat aku jadi kotor. Muahaha. That was sweet! Aku nak je cakap, who's having the last laugh now you pricks! Then senyum dengan penuh riak dan bangga. Tapi obviously, aku tak buat lah. Orang malaysia kan bersopan santun, so aku kena lah bersopan santun. kah kah.

Moral of the Story:
Good people do have the last laugh. Muahaha. Aku suka giler, kalau orang yang hina and kutuk aku, last-last dia yang kena. Eat That! *still emo*
p.s. Gambar-gambar dah di upload di facebook aku. Kalau korang takde account facebook, click ALBUM 1, ALBUM 2, ALBUM 3 pun boleh gak tengok gambar-gambar tu.

p.p.s. Kepada beberapa orang yang nampak 'something' dalam entry lepas, yup. Tekaan korang memang betul. Aku pun mula-mula tak perasan, korang memang peka. :D

Jom Sambung Baca...

Mama cakap pagi-pagi kena...

49 Orang Dah Berdangdut

gosok gigi
SIla gosok gigi supaya korang tidak mengancam keamanan sejagat (patrickdeza)
"Bangun pagi, Gosok gigi, Cuci muka, Minum kopi..." Eh eh, apa lagi ek? Damn. Aku salahkan iklan TV sebab sampai sekarang apa yang aku dah tak boleh ingat nursery rhyme tu. Yang datang kat kepala hotak aku, tiap kali aku try nanyi yang keluar "Bangun pagi, gosok gigi dengan Kodomo Lion... Kami suka KODOMO Lion!" Hampeh! Talk about effective advertising eh?
Erm, sebenarnya bukan lah aku gila meroyan tetibe plak menyanyi lagu budak tadika. Tapi entah lah, sejak kecik lagi mak bapak aku suruh aku rajin gosok gigi. Diorang cakap, kalau tak gosok, nanti gigi akan keluar tahik, and mulut akan jadi MOLOT! Dieja macam tu sebagai penanda yang mulut korang akan menjelma jadi mulut naga yang sekali korang nganga je... Haaaaaa~ semua makhluk-makhluk kat depan korang akan mati dengan dahsyat dan kejam. Kalau diorang boleh survive, diorang akan terkena sumpahan suara penyek. Penyek bukan seperti suara Ning Baizura yang lemak berkrim disukai ramai. Tapi penyek macam suara Ogy bila dia sebut Hakaaaak~ (perkataan 'akak' yang disebut dengan penuh kesengauan). tsk tsk tsk.

Oh, sebenarnya bukan apa. Saja je nak merapu kat perenggan tadi, sebab... sebab... sebab AKU TERLUPA BAWAK TOILETRIES PERGI SCOTLAND! There! Not a good way to start your traveling kan?? Meh, aku ulang-tayang sikit apa yang terjadi. 7 saat sebelum aku masuk bilik mandi untuk mandi tak wajib:
AKU: Baju tidur, CHECK! Tuala mandi, CHECK! Minyak rambut CHECK! Toiletries... (diam selama tiga saat.)
Aku: Toiletries...
(Sambil menurunkan cermin mata ke paras pangkal hidung, lalu memandang ke kiri ke kanan)
Aku: TOILETRIES!!!
Suara Ghaib: Dia Selesema cikgu~
Eh, eh... itu iklan Scott's Emulsion. Tapi still, korang paham kan apa yang aku nak sampaikan. Toiletries = sabun + ubat gigi + pencuci muka + BERUS GIGI. No toiletries = ??? You do the math. (-_-”)


Sila bayangkan muka aku yang macam nak gila sebab terlupa bawak berus gigi (Daidai8818)


Then lepas mandi tu, jenuh aku hasut Zamri supaya keluar malam. Harap maklum, keluar malam di sini tiada kaitan langsung dengan perkataan keluar meronggeng di kelab-kelab dangdut di Lorong Haji Taib, jauh sekali keluar ke pasar malam. Keluar malam dalam entri ni definasinya "keluar mencari kedai-kedai yang jual berus gigi". Tapi, scotland being another typical UK country. Kedai semua dah tutup (kat sini kedai tutup pukul 5 petang). Damn! No kedai means no berus gigi. No berus gigi, means esok pagi aku akan jadi naga. (T_T) <-- Muka menangis teresak-esak. Okay Helmi, think, think... Blank! Think harder you moron! Tink! (bunyik idea datang sambil keluar sebijik mentol menyala kat atas kepala) korang tahu apa aku buat?? Muahaha.
Masalah:
Mulut berbau kambeng, dan rasa sedikit pahit dan kelat.

Analisa:
  1. Mulut kelat dan pahit - aku rasa maybe sebab air liur tu dah jadi sedikit alkali. (ni kena confirm dengan Zamri, keh keh keh).
  2. Mulut berbau - sebab tak makan selama 8 jam, obviously sebab aku tidur pada malam sebelumnya.

Penyelesaian:
  1. Time mandi, aku sental gigi pakai jari dan ubat gigi. Dengan penuh banyak sekali. Sental selama sepuluh minit. Lepas dah sental, kumur pulak dengan ubat gigi selama sepuluh minit. Sambil berdoa supaya mulut tak berbau.
  2. Makan something supaya mulut tak/kurang berbau. And something yang di maksudkan adalah sepuluh bijik gula-gula mint yang di cilok dari meja reception (selepas main kenyit-kenyit mata dengan kakak receptionist, nak mengayat tak boleh. Sebab takut dia pengsan sebab tercium bau mulut)
  3. Kurangkan bercakap! Kurang bercakap = kurang menghembus udara nyaman ikut mulut = kurang bau. Kui kui kui
Berkesan ke tak?? Amat berkesan giler... KOT! Sebab at least Zamri tak complaint and suara dia tak jadi penyek. (-_-”)

p.s. Petang tu, lepas aku beli berus gigi. Aku terus sental gigi selama sejam sambil menikmati keindahan alam sekitar di tepi tingkap. Hambik ni bukti!

 sental menyental gigi
Aku tengah memberus gigi menggunakan Anna yang baru di beli satu jam sebelumnya.
Murah, hanya satu pound je beb. Ho ho ho! (Click untuk membesarkan gambar)


p.p.s. Moral of the story, sila pastikan korang bawak segala benda yang nak di bawak sebelum pergi jalan-jalan. I've learnt that, the hard way. Sob sob sob.

p.p.p.s. Gambar-gambar lain akan di upload kemudian di facebook aku. Pengalaman bercuti ke Scotland akan di upload kemudian di blog ni. Tapi hanya a few photos je yang akan di bubuh di sini.

Aku yang anti poor oral hygiene,

Jom Sambung Baca...