Ke Scotland

32 Orang Dah Berdangdut

Kami akan bercuti ke Scotland sempena cuti musim bunga dari Ahad 29/3 hingga Rabu 1/4. Zamri's post-exam relaxation. Helmi's pre-exam rejuvenation. Destinasi kali ini ialah Isle of Skye, sebuah pulau di pesisir barat Scotland. Jadual penuh dengan aktiviti mendaki dan berjalan-jalan di tanah tinggi. We've decided, this time around it's a backpacking trip. So only basic wardrobe. No bag beroda is allowed. Maka tajuk percutian kali ini ialah: A spring Backpacking in Scotland Highlands.

Di sana, kami berhajat untuk bertemu dengan makhluk Allah ini.
dan mungkin memeluk binatang yang gebu ini



Juga melawat istana Eilean Donan seperti di dalam Kuch Kuch Hota Hai.

dan mungkin menari Bollywood kata Helmi


Tinggal 2 hari dalam Scottish cottage di tepi laut dan gunung.


Sebab kaki dah gatal sangat nak mendaki gunung, kena la pack extra scoks, waterproofs dan sturdy boots. Kalau tak nanti sejuk, basah dan busuk.

Climbing to the top of Skye

and do some yoga

Hopefully, we'll enjoy our backpacking. Selamat pergi dan selamat pulang.



Best,

Jom Sambung Baca...

Kamu rasa kenapa?

49 Orang Dah Berdangdut

TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-

IT'S EARTH HOUR!

TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu-TutupLampu


Sila bubuh jawapan di ruangan komen.

Jom Sambung Baca...

Iklan ini Smart Giler

57 Orang Dah Berdangdut



Entri ini aku dedikasikan kepada sorang kawan aku yang smoking (Youtube)


Aku rasa, iklan ni tak perlukan explanation. Memang smart habis dah. Pada sesapa yang merokok tu, kalau nak berhenti aku cadangkan korang hisap gula-gula sambil membuat muka gadis-gadis lolipop yang selalu lalu lalang di kaki lima midvaley megamall. Maaf, aku bukan prejudis terhadap korang.

Jom Sambung Baca...

Aku mintak maaf, sila maafkan aku boleh tak???

46 Orang Dah Berdangdut

susah ke nak mintak maaf
Susah ke nak mintak maaf (NaBHaN)

Kekadang kita ni, nak mintak maaf memang susah giler. Aku pun cenggitu jugak, korang tak payah risau. Biasa lah tu. Saper lah suka nak mintak maaf kan. Macam aku dulu, selalu je gaduh dengan kawan aku. Kadang-kadang, kalau tengah bergaduh tu rasa nak tonyoh cili kat muka dia. Tak pun, taruk telur busuk dalam bekas syampu dia.
Hati kecikku: Err, itu agak kebudak-perempuanan lah beb
Aku: I know. Kalau aku bengang, aku selalunya rasa macam nak kapak je musuh aku tu. Tapi karang blog ni kena ban 18SG pulak.
Hati kecikku: Tsk tsk tsk.
Aku pernah, hempuk kepala sorang budak perempuan kelas aku dengan buku (masih lower form, gaduh cara budak-budak)... Lepas aku ketuk kepala dia, korang tahu apa dia buat? Dia kasi penerajang padu kat aku. Pergh. Nasib baik aku sempat elak dengan gaya Keanu Reeves dalam 'The Matrix', kalau tak mesti aku kena jalan 'kaki kepit' selama sembilan bulan, akibat tendangan yang sipi-sipi lagi nak kena kelangkang. Hampeh kau XXX. Ko memang POWER ranger!.
Moral: Never pick a fight with a girl who has a black belt in taekwondo!! (-_-”)
Tapi lepastu, kitorang jadi baik lar, rapat and kamceng. Biasalah, gaduh-maduh ni, kalau kita tahu nak handle, dia akan tolong kita jadi rapat. Tapi tu lah, all that it takes is a simple "I am sorry" (sila ucap sambil mengelip-ngelipkan kelopak mata dengan laju sebagai lambang anda ikhlas meminta maaf. Lagi bagus kalau korang pakai fake eyelashes sepanjang 7cm - untuk perempuan je lah tapi). Otherwise, kalau tak mintak maaf, benda ni lama-lama akan jadi ackward, dan membuatkan orang yang tengah bergaduh tu, tak tegur sampai bila-bila. BAD CHOICE! Aku pernah jadi macam ni, aku bukan berdendam ke apa dengan kawan aku yang sorang ni. Tapi lepas kitorang dah dua-dua 'meletup', we gave each other a silence treatment. For 1 freaking year. Sungguh, amat, dan memang tidak KOOL!
Pesanan pihak penaja: Sila jangan menjelma menjadi kambing gurun dan tiru perangai kepala besar aku. Trust me, it will make your lubang hidung nampak besar ^_^
By the way, kalau korang gaduh dengan aku. Just say I'm sorry *batuk-batuk* tambah chocholate Ferrero Rocher *batuk-batuk*. Sebab bagi aku, cokelat err i mean, apologizing will do the trick, hohoho.
Oh, kalau aku gaduh dengan korang, aku nak pujuk korang camne ek? Belanja roti canai mamak ok tak? <-- statement kedekut haji bakhil.
p.s. Sebenarnya aku tulis entri ni sebab aku tengah bergaduh dengan sorang kawan ni. Tapi jenuh aku dah cuba macam-macam, dia masih bengang dengan aku. (T_T) Jadi...

  1. Sila kasitahu apa aku patut buat untuk pujuk dia (atau)
  2. Let's pretend yang aku tengah bergaduh dengan korang. Apa yang aku kena buat untuk pujuk korang???
Help me peeps!!!



Jom Sambung Baca...

Statusless

18 Orang Dah Berdangdut


My 1st week of staycation lifelines:

  • Lots of Walkers crisps (Ready Salted, Salt & Vinegar, Cheese & Onion)
  • SpaQ2. Damn dah habis tgk 55 episod! Episod bersambung esok. Julia's a bitch. Tu diaa emo
  • Heavenly nice weather. The sun shines so brightly. Time to top up my Vit D.
  • The excitement to upgrade my lengthy ass phone contract.
  • Facebook addicts who give me daily dose of laughter with the unnecessarily dramatic statuses and quiz results.
  • And being bed-ridden 1/2 day long, my body is aching. I shud've join the gym or get a deep-tissue massage.


How amazing life can be.

Jom Sambung Baca...

Guru-Guru Lelaki Pujaan Hati dan Hidung aku

44 Orang Dah Berdangdut

Cikgu lelaki lain dari cikgu perempuan. tak ada suara high pitch yang mampu meletupkan gegendang telinga, tak ada pulasan atau piatan (piat kalau tambah imbuhan jadi piatan ke?). Selalunya cikgu lelaki ni, giler macho, giler sempoi, dan yang paling best, giler brutal. Tapi dalam banyak-banyak cikgu lelaki, ada gak yang betul-betul melekat dalam otak aku sampai sekarang.


Korang ingat jadi cikgu susah?? Jadi student pun susah jugak lah. (slapupsidethehead)


Cikgu tangan ketam:
Oh, korang jangan ingat cikgu perempuan je ada tangan macam ketam. Cubit situ, cubit sini? Cikgu lelaki pun ada jugak. Tapi diorang jarang la pulak nak cubit kat perut. Diorang cubit kat KOKOCRUNCH (nipple). SERIUSLI! Diorang akan cubit, then diorang akan tarik sejauh 5 sentimeter, then diorang akan pulas KOKOCRUNCH korang macam cuba memerah 'santan' pekat. Nak meraung, nanti hilang pulak kemachoan. Buat muka ketat je lah sudah-sudahnya.
Kepada budak-budak perempuan, sila bersyukur sebab korang memang terselamat dari cubitan sebegini...
Aku pernah kena... sebab aku tak pakai nametag, Adoi~ Chess, patutnya aku call teledera. Tak pun, talian mangsa-mangsa cabul...Muahaha.

Cikgu pakar backflip katil:
Cikgu ni, kerja dia pagi-pagi, datang keliling asrama, naik motor kapcai. Sambil piiip piiip piiip *bunyik hon motor*. Dia suruh kitorang bangun pergi solat subuh kat surau. Dalam 15 minit, kalau tak reti-reti nak bangun berhenti buat taik mata tu. Silap besar la weh. GEDEBEK!! Dia terbalik katil korang.
Aku: Aku pun pernah kena wey.
Hati Kecikku: Tidak kool, amat amat tidaaak kooool.
Aku: Aku solat dalam dorm, then baring sambil layan blues. Pagi sabtu, sapa pulak nak rajin, he he. Jeng jeng jeng, tak semena-mena. Adeih, sedar-sedar katil dah tidur atas aku.Bukan aku yang tidur atas katil. Hampeh. I was not asleep lah cikgu. Chet.
Hati Kecikku: Sadis... (-_-”)
Aku: Tapi cikgu tu menang anugerah cikgu caring of the year. Serius! >_<

Cikgu mulut 'suapbalik' negatif:
Cikgu ni pulak, cikgu sejarah veteran. Berketayap, berjanggut, dan berkereta mercedes. Tapi dia ni jenis cakap lepas, mulut tak berlapik. Kalau dia kasi nasihat, dia mesti guna reverse psychology. Aku pernah kena dengan dia, sebab aku ni dulu bongok sejarah, memanjang dapat C je tiap-tiap kali kuiz/ujian. Then sekali tu, dengan penuh keajaiban, aku dapat A, 83 markah.
Cikgu A: Ko tiru yeh?
Hati Kecil: The hell!?
Aku: Eh cikgu. Mana ada!
Cikgu A: Ko tipu! Kalau betul kau tak meniru, lepas ni kau kena dapat A lagi.
And I did. Lepas tu, aku dapat A sejarah. :') *emotikon berhidung tinggi* hohoho.

Pergh, rindu siot dekat maktab. And kepada cikgu-cikgu. Selamat Hari Guru!! (Tak salah nak ucap kan?) Aku harap korang semua bangga dengan aku. :) Roger & Out!

Jom Sambung Baca...

Korang Ingat Dragonball Je Ke Yang Ada Live Action Movie???

48 Orang Dah Berdangdut

Poster Movie Spongebob
Poster Tipu. Poster Sebenar "SpongeBob the Real Life Movie" ada kat bawah (source)


Korang Ingat Dragonball Je Ke Yang Ada Live Action Movie??? Span Bob Seluar Petak (SpongeBob square pants) pun ada jugak ler. Pergh, selaku peminat fanatik, aku memang tak sabar nak tengok filem ni. Aku tak sure, poster movie ni dah keluar ke belum kat wayang-wayang di Malaysia. Click link bawah ni untuk tengok poster tu.

Click Click Click

Let's sing together-gether:
Pirate: Ohh.... who lives in a pineapple under the sea?
Kids: SPONGEBOB SQUAREPANTS!
Pirate: Absorbent and yellow and porous is he!
Kids: SPONGEBOB SQUAREPANTS!

Argh, cukup cukup. Kang pecah pulak anak telinga korang nak dengar aku nyanyi. Jap jap... Aku nak kasi satu soalan cepuk lemas untuk korang, Sapa boleh teka kenapa entri ni di tulis?

Roger & Out!

Photo Credit: GreenCherry


Jom Sambung Baca...

Updated: Pendapat aku tentang PPSMI. Korang sokong yang mana?

110 Orang Dah Berdangdut

Poster membantah PPSMI
Klik sini untuk membaca hujah-hujah diorang kenapa PPSMI harus di basmi (source)


Sorry, kalau korang rasa benda ni dah lapuk. Dan korang rasa pening-pening lalat nak baca pasal entri ni. Don't worry bebeh *nak muntah*. (Aku agak tak biasa nak sebut bebeb bebeh ni. ho ho ho), aku akan try buat entri yang ringkas pasal benda ni. Aku akan kasi satu sebab yang aku rasa valid, untuk menyokong atau menolak PPSMI

Kenapa Aku sokong PPSMI:
Sebab aku belajar kat UK, so aku tahu macam mana pentingnya untuk aku menguasai segala term-term science/medic yang obviously, dalam English. Harus di ingatkan, penguasaan bahasa Inggeris aku, bukan lah cap ayam sangat. Tapi kekadang, naik pening kepala especially kalau aku baru jumpa satu scientific term yang baru, either dalam lecture ataupun masa tengah buat revision. Lepas tu, kadang-kadang, translation term-term sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia pulak agak tak sesuai. Korang ingat tak, time korang belajar homeostasis dulu (subjek biologi)... Penggunaan term "Suap Balik Negatif"?? Dulu jenuh jugak aku nak pikirkan kaitan antara suap balik dengan homeostasis, tapi nasib baik ada satu hari ni, aku dapat petunjuk dari langit, yang rupa-rupanya...
Suap Balik = FeedBack.
Sebab kenapa diorang sokong PSMI:
Korang tengok je lah, apa jadi dekat blog aku ni. Kejap BM, kejap BI. Tsk tsk tsk. *Lalu lari sambil menutup muka kerana malu sebab penguasaan bahasa aku dah makin lemau*. Kadang-kadang, aku rasa akulah antara orang yang menghancurkan Bahasa Malaysia itu sendiri. T_T
Hati Kecik Ku:Kadang-kadang aku pelik, kenapalah yang sibuk berarak, mengumpul petisyen tu semua nya golongan yang dah berusia. Yang dah tak belajar. Diorang tak ambil petisyen dari students ke? Kan ke, yang belajar tu, kita. Bukan nya diorang. So pendapat kita(students) patut di ambil kira jugak kan?
Amacam, entri ni tak melalut kan? Muahaha *Terasa bongkak sekejap* Oh ya, kepada kroni-kroni yang kucingtaik kucintai, tolonglah yakinkan aku supaya aku pun akan turut menyokong pembasmian PPSMI macam 'diorang'.

*UPDATE: Sila rujuk komen #64*

Jom Sambung Baca...

Perihal Blog Ini dan Komen-Komen nya

42 Orang Dah Berdangdut

Kalau blogger dapat komen, blogger tu mesti gembira. Okay, aku generalize. Ada gak blogger yang disable komen, sebab dia tak nak orang komen kat blog dia. Ada gak blogger yang lagi suka moderate comment, in case ada komen-komen yang dia kena tapis. Kitorang??? Kitorang tak enable comment moderation, sebab nanti menyusahkan korang nak komen pulak. Cuma, kalau komen yang diterima tu berunsur spam, lucah, atau kurang ajar... Aku akan delete arh. Oh ya, komen bersifat membenci, aku tak delete. Sebab bagi aku, setiap orang ada pendapat masing-masing. Eh eh, tapi korang jangan salah paham. Walaupun blog circus ni tak buat comment moderation, tak bermakna kitorang tak baca komen korang. Nah, ambik bukti kat bawah ni.

hantarkan ku email kalau ada komen wahai encik blogspot
Bukti aku mendapat email notification setiap kali The Bogus Circus menerima komen.


How neat is that?!
*Cheh, padahal aku tengah jakun sebab baru tahu pasal function ni*
Hmm, cakap pasal komen ni, aku memang impressed giler dengan diri sendiri yang telah berjaya mengkelentong ramai orang, eh silap silap, ulang balik. Aku memang impressed giler dengan korang-korang yang dah memberanakkan jawapan bernas dalam entri 5 Kaedah Untuk Menghasilkan Gambar Yang Kacak. He he, tapi dalam banyak-banyak komen tu. Ada dua yang berjaya mendapat tabik spring dari aku. *Silalah bangga sebab aku dah puji anda berdua* Jadi gadis-gadis, apa tunggu lagi. Korang dipersilakan untuk menggorat mereka berdua. Ni ha komen diorang...
super.atiq nak cakap...

aku rase semua gmba ni tak pakai dslr.
sebab kau mane ade dslr.
betul tak?
hahaha.:) jgn marah bang.

Yup, betul, aku tak ada DSLR. Dan Encik super.atiq dengan ke-superan-nya telah meneliti segala maklumat yang aku bubuh dalam entri lepas. Dia menggunakan mata supernya yang mampu menapis segala maklumat-maklumat dan hint-hint yang telah aku kasi dalam entri lepas. Atiq, ko memang superman!

Ramai-ramai: Ombaaakkkk!!!!

Jom serang blog mamat ni... Haha, ok ok. Jawapan kedua pulak. Ini masa baca, aku impressed, giler b*bi punya impressed. Jawapan dia memang BAMMM! Tepat!
Starlight86 nak cakap...

hehe..helmi,sy nk jawab soalan kamu..
jawapannya:
gambar first
Canon PowerShot A460 (yg nih 5 megapixel)
gambar 2 dan 3
Canon PowerShot A590 IS (yg nih 8 megapixel)
betul x?

Lepas baca jawapan dia, aku terus check profile dia, oh, rupanya dia ni freelance designer, patut pun bijak/terer. Memang kerja dia involves fotografi pun. Silalah korang melawat blog dia, dan silalah menjadi jeles macam aku. Dulu aku lawat blog dia, aku jeles. Tadi aku menyemak singgah blog dia, aku masih jeles. Oh Tuhan, silalah turunkan satu kamera DSLR dari langit untuk aku. Biar orang yang baca blog ni jeles dengan aku pulak. Muahaha. Amiiinnnn. *secara tak semena-mena petir berdentum-dentam di langit Newcastle tanda amaran dari Ilahi supaya aku tidak bersifat riak* (-_-”).
Ceramah 15 saat: Rakan-rakan, sesungguhnya riak adalah amalan Syaitan yang direjam. T_T
Dan inilah dia ghoper (rupa) kamera-kamera yang telah aku gunakan.

Canon PowerShot A460
Canon PowerShot A460 (Klik sini untuk melihat kamera ini sedang beraksi manja)


Canon PowerShot A590 IS
Canon PowerShot A590 IS (Klik sini untuk melihat kamera ini sedang beraksi lucah)

Konklusi 1:
Tips fotografi yang sebenar dan lebih serius akan aku keluarkan kemudian. Dah siap, tapi masih kena di edit. Jenuh ni nak menepati piawaian SIRIM. Dah siap 3 hari yang lepas dah sebenarnya. Tapi agak crap la entri tu. Nanti lah aku tulis balik

Konklusi 2:
Kami penyokong tegar Canon Powershot! *Sambil mengibar-ngibar sepanduk dengan laju* Sapa kata kita yang tak mampu beli DSLR ni terpinggir dari dunia fotografi. Hah? Hah? Hah???

Konklusi 3:
Aku memang selalu tempted gila untuk reply komen-komen korang. Tapi entah, rasa macam kalau aku reply setiap komen agak poyo la pulak. Maksud aku, macam ada blogger yang luahkan pendapat kat blog dia (aku agak terkena tempias dia sebenarnya). Yang perbuatan mereply komen-komen orang adalah satu ke-poyo campur kesyok sendirian seseorang blogger sebab dia cuba nak naikkan comment count dia. Haish, pening pening... Buat salah, tak buat salah.

Photo credit: Canon Powershot

Jom Sambung Baca...

5 Kaedah Untuk Menghasilkan Gambar Yang Kacak

57 Orang Dah Berdangdut


Zamri di Blue Mosque - Turkey.

Ini adalah entri yang di tulis oleh aku yang dengki, dan sebab my heart smells (aku busuk hati). DSLR maksudnya... entah apa jadah tah. Yang aku tahu, DSLR tu adalah sebijik kamera yang bagak besar dan mahal gila babeng. Tapi, gambar cantik giler. Cantik sampai bulu-bulu hidung pun boleh nampak kalau korang zoom in.

Aku dari dulu, memang kempunan gila nak ada DSLR. Tapi menatang ni, mahal. Kalau aku beli, nanti aku terpaksa hari-hari makan bubur nasik lauk ikan masin. Nanti, nanti. Ikan pun mahal kat UK ni. Tukar. Terpaksa hari-hari makan bubur taruk garam. Bapak sedih hidup aku kat UK nih. (-_-”) Takper-takper. Otak Kede bin Kut (kedekut) aku masih kreatif. Jenuh, aku pikir akhirnya aku berjaya memberakkan lima teknik khas untuk orang yang nak gambar cantik, tapi tak de DSLR.

Satu... Mengorat abang-abang photographer di majlis kahwin.
Kalau korang perempuan, sila mengorat abang-abang photographer, kalau kamu lelaki, suruh adik perempuan kamu yang pergi mengorat abang-abang photographer itu. Macam mana nak tahu, kamu patut mengorat ke tak?? Senang! Kadang-kadang abang photographer tu akan pura-pura tangkap gambar korang, padahal dia usha baeeek punya. Macam mana plak nak react kalau benda ni terjadi?? Kepada perempuan: Silalah kasi flying kiss kat abang tu. Kepada lelaki: Silalah kasi flying KICK kat abang tu.
Dua... Korang mesti memperalatkan press.
Press = wartawan = DSLR! Senang difahami. Nak panggil press datang, korang kena buat havoc or buat kecoh satu Malaysia. Mungkin korang boleh contohi Raja Azmi. Aku tengok, banyak jugak press tangkap gambar dia sebab filem anu dalam botol. Korang boleh la try buat filem jugak, then kasi tajuk yang kontroversi sikit. Aku cadangkan korang buat "Botol dalam anu". Pergh, confirm sapa yang jadi pelakon tu mandul
Tiga... Photoshop!
Kalau kamu terer, gunalah photoshop yang di boleh download secara haram menggunakan torrent, kalau tak pun, kamu hantar ke kedai foto (ini pun 'photoshop' gak), Suruh uncle cina tu tolong developkan dan alter gambar untuk kamu sampai cantik. Kamu di nasihati agar melemparkan ugutan seperti kamu akan merentap bulu hidung dia sehelai-sehelai sampai tercabut menggunakan tweezer kalau gambar yang dia develop tu huduh. Confirm uncle tu ikut cakap korang arh.
Empat... Membuat lawatan sambil belajar ke lokap.
Lokap = penjenayah wanted = tangkap gambar sambil pegang nombor = DSLR (diorang pakai DSLR kan??). Aku pun tak pasti kebekersanan benda ni, jadi siapa yang berani mencuba tu... Aku alu-alukan. Untuk masuk lokap, korang boleh try buat hauk macam beruk maknyeh. Pergi anjur sex party masa malam merdeka, sex party tengah 'in' kan di kalangan budak-budak Malaysia sekarang ni. Pffftt. (Aku terjeluek nak mati dengan perangai orang-orang yang buat parti ni weh). Oh ya, bila korang dah berjaya masuk jel, jangan lupa kasitahu aku kamera apa polis pakai untuk tangkap gambar suspek.
Lima... Tangkaplah gambar sebanyak beribu-ribu lemon kali.
Kalau kamu bernasib baik, ke-mejikan akan berlaku. Dimana gambar-gambar kamu akan secara mejiknya menjadik cun melecun. Yeah! Usaha tangga kejayaan. Effort-staircase-success!

Roger & Out!

Soalan Cepuk Lemas:
Manakah antara 3 gambar dalam entri ini yang telah ditangkap pakai DSLR.




Kamera berkuasa tembak. Power = Kuasa. Shot = Tembak.



Cermin mata Cap Ayam (korang rasa??)

Jom Sambung Baca...

Bila Blog ini Masuk Pertandingan Ratu Cantik Berbikini

22 Orang Dah Berdangdut


Kami memerlukan kasih sayang dan cinta berahi korang buat kali terakhir.

Uikh? Aku tahu, mesti korang rasa benci giler dengan soalan masuk troley tolak sendiri (versi klasik: masuk bakul angkat sendiri), Kah kah. Ok, sorry...sorry, tapi betul. Aku tanya ikhlas ni, korang rasa blog ni lawa ke tak? Kemas dan comel?? Ke lawa macam keldai tengah pakai makeup setebal 5 inci dalam Nanny Mc Phee tu?

Ok ok, biar aku straight to the point. Korang ingat tak, betapa aku rajin dan sibuk berpropaganda haritu, pasal yoyooh award? Guess what, blog ni dapat masuk the next round. Chey, kah kah. Terasa kembang dan riak selama 2 perpuluhan 7 saat. Bukan apa, sebenaranya blog ni dah tercalon dalam kategori blog terhensem dan termantap (atau secara formalnya: Blog Layout Paling Kreatif). Although aku rasa agak cambest (best) sebab tercalon, tapi entah laa.
Sebenarnya agak jeles dengan blogger-blogger lain yang masuk kategori yang masuk kategori "Blog Penulisan kreatif Terbaik" pergh. Jeles, jeles... Tapi tak per, sebab diorang memang kreatif pun, blog ni gaya penulisan nak kata kreatif idok (tak) laa. Macam beruk makyeh pun ada gak, merepek je setiap masa. Cheh, he he. So kepada korang yang masuk kategori ni, good luck bebeh.
And, memandangkan blog The Bogus Circus (kat yoyooh nama manja kitorang To The Circus) so aku nak pukau korang biar korang lagi sekali mengundi blog ni. Undi banyak-banyak, kasi menang. *sambil menggoyangkan cokelat ferrero rocher yang di ikat dengan tali di depan mata korang sebagai cubaan untuk menghipnosis*. Tapi, unlike round lepas, undian untuk round kalini hanya terbuka untuk ahli yoyooh je. T_T
Maksud tersirat: Silalah mendaftar jadi ahli Yoyooh dan vote kitorang sampai lebam. Kuang kuang kuang
Jadi, secara sinopsisnya:
  1. Daftar jadi ahli Yoyooh kat sini
  2. Klik sini untuk pergi ke voting page
  3. Scroll sampai korang jumpa kategori "Blog layout paling kreatif"
  4. Sila hadiahkan kami rating 5 (excellent) sambil mengacukan senapang gajah ke hidung kamu tanda memaksa dengan penuh tak malu
  5. Sambung vote blog-blog lain, dan Submit Vote
  6. Vote hanya sekali, kali ni tak yah ulang :D
  7. Pada waktu malam, sila buat solat tahajud sambil mendoakan supaya kitorang menang dan berjaya menakluki bumi. Yeeahaaa (dapat pahala beb, he he)

There! Senang je kan? he he. Kalau korang dah vote, sila tunggu. Aku dah kontek kawan aku kat Marikh, supaya jatuhkan seketul tahik bintang yang dinyahtinjakan secara khas dari marikh. ^_^ Tanggungjawab besar ni wei... Undilah untuk memiliki masa depan yang cerah dan penuh gilang gemilang. Erk~

vote kitorang muahaha
Cara-cara mudah menunjukkan kasih sayang.
Klik sini untuk tengok gambar ni di bawah mikroskop.


Roger & Out!



Jom Sambung Baca...

Aku suka makan, aku benci masak. Aku tak reti masak caramel la weh

43 Orang Dah Berdangdut

Nak cakap benda ni depan-depan aku agak segan. Entah, aku memang macam ni kot. Kekadang, benda2 baik, and benda-benda yang agak sentimental memang susah giler aku nak cakap. Cheh, tapi benda lain laju je aku membebelkan. Eh eh, termerapu plak. So, berbalik kepada isu asal. To Zamri:

GOOD LUCK FOR YOUR FINAL EXAM ESOK!!!
There! Senang, cepat dan mudah *bunyi macam motto persatuan RELA lah pulak*. Internet memang kool. Oh, untuk Zamri, saya akan membuatkan puding caramel untuk kamu sebagai hadiah kamu mendapat merit nanti. Aku tahu, kamu boleh. Tapi kena tunggu sampai aku khatam belajar cara untuk membuat puding karamel yang tak hangus dulu lah.

Dan kepada sesiapa yang rasa dia terer buat puding caramel, sila message kan resipi kepada aku. Ini akan membuatkan aku jatuh cinta sama kamu. ha ha. Oklah, aku nak pergi mandi, then nak sambung buat assignment. 3000 perkataan lagi woi. T_T

P.s. Harini besday Nabi Muhammad kan. Salam maulidur Rasul dari kitorang berdua. Adakah korang sudah makan pulut kuning bercicah rendang daging dengan banyak? Silalah katakan tidak, kalau tak aku akan jadik jeles. Urggh saya benci UK yang tiada rendang dan pulut kuning.

Roger & Out!

Jom Sambung Baca...

Bukan Salah Aku Kalau Aku Kaki Bangku... Lalala~

30 Orang Dah Berdangdut

Satu hari nanti aku akan jadi kacak macam ni
Kan ke kacak kalau aku terer buat bicycle kick macam dia? (Deviantart)

Kelmarin, ada friendly match between Manchester United (MU) dengan Newcastle, kat stadium St.James's Park (di Newcastle). Then pagi semalam, aku pergi sekolah dengan Helmi Rahim. Dalam perjalanan, aku tanya dia
Aku: Helmi, bila ek MU lawan Newcastle.
Helmi Rahim: Semalam!
Hati Kecik Aku: (-_-”)
Aku: Best giler kan.
Helmi Rahim: Eh eh, best... ramai gak orang datang tengok
Okay, firstly... dah la ko malukan diri sendiri. Then, kau buat lawak antarabangsa plak yek? Nampak sangat, ayat first dengan ayat second memang clash giler babas. Jom kita bukak kelas bahasa melayu, mengkaji ayat-ayat diatas. Jom...
Aku: Helmi, biler ek MU lawan Newcastle
Ayat ni terang-terang cakap yang aku tak tahu tarikh match newcastle vs MU

Aku: Best giler kan.
Whaaattt... Helmi, kau ni pathetic giler. Ko guna ayat ni nak cover malu ko?? (T_T)

Helmi Rahim: Eh eh, best... ramai orang datang
Obviously, Si Helmi Rahim dah cuba sedaya upaya nak jaga air muka aku.
*tengkiu Helmi, nanti aku belanja ko milo sepeket*
Chiss... Mahu nyer tak malu, nak jugak mengaku pergi tengok bola. Kalau ikutkan hati, nak je aku memecut laju 100 meter kedepan. Segan dowh. Tapi, cakap pasal bola ni. Korang tahu tak aku ni tak der la minat sangat dengan bola. Main pun jarang-jarang je, nak kata terer tu...idok ler. Tapi boleh la sikit-sikit. Setakat kejar dan gelecek bola tu... beres!!! Bukan apa, aku ni dari kecik tak minat fobia nak main bola. Cuba korang fikir, time tu, aku 6 tahun. Tengah main kejar-kejar kat taman permainan (playground), gedek gedek gedek *sound effect berlarik terkedek-kedek*, Tiba-tiba...

GEDEGANNNG!!!!

Bola kene rembat straight kat muka aku. Dirembat oleh jiran-jiran yang tengah main bola sepak di padang yang sama. Humang Aih, berbirat beb. Siap ada cop mohor kat muka aku. Terus balik rumah, melalak melolong macam sundal bolong, okay, itu tipu. Time-time tu jugak aku cakap kat diri sendiri.
Bola sepak = amat tidak kool!!!
Kepada fanatik bola sepak. Harap maaf. Sila salahkan jiran lama aku yg rembat bola kat muka aku tu. Kepada korang yang pakar main bola sepak, silalah ajar aku main sampai terer macam Cristiano Ronaldo. Supaya nanti bila aku dah pro bolehlah aku buat tendangan basikal (bicycle kick) dengan penuh kekacakkan sambil menggoda awek-awek yang lalu lalang di tepi padang bola... Muahaha.


Zamri, Helmi Rahim, Helmi Razali, Faiz.
Kitorang semua merempat dalam lubang gua (rumah) yang sama.

P.s.
Tapi aku suka main tenis. Tengok tenis pun suka. Especially bila tengok Maria Sharapova. Bergoncang 'dunia' beb bila dia main. Hahaha.. Sapa satu spesis dengan aku??

Jom Sambung Baca...

Sesuatu Yang Kecil

5 Orang Dah Berdangdut


I wonder what he's thinking.
But this little one made me smile.
Tiada satu pun penciptaan yang sia-sia.

"....there are indeed Signs for men of understanding... Men who celebrate the praises of Allah standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (with the thought): "Our Lord! not for naught hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire."
(Al-E-Imran 3:191)

Photo credit: Mia Feinstein, celebrity dog photographer.

Jom Sambung Baca...

Blind date?? Adakah aku perlu berdating sambil membuta. Itupun blind date jugak.

42 Orang Dah Berdangdut

Aku menemankan Zamri Dating di Genting last year
Aku jadik chaperone, menemani Zamri dan Nana dating di Genting. Kepada korang berdua, tengoklah. Kalau ada rezeki, next year boleh buat double date. ha ha (Blog Nana)
Nenong nenong nenong. *itu bunyik ambulan, harap maklum*
Ambulan tersebut berbunyik sebab aku nak mintak pertolongan cemas dari korang. Hari tu, ada satu persatuan ni menjual ticket blind date, untuk charity. Dan kini hati saya, meronta-ronta meminta diriku ini pergi bertarikh buta (blind date setelah di direct translasikan). Help help heeeeeeeelllppp!!! (gila meroyan pulak pagi-pagi buta ni) T_T

Adakah saya perlu memakai tuxedo?? Ke, kena pakai baju kaler merah terang sambil berseluar hijau pekat seperti pokok krismas?? Adakah perlu melemparkan senyuman maut seorang kasanova, ataupun senyum malu-malu kucing (sila bayangkan senyuman manis seorang gadis kampung yang gelak penuh ayu "hik hik hik", cuma kali ini dilakukan oleh sorang lelaki). Blind date kena buat apa? Mengira-ngira bintang di malam Newcastle yang sejuk cam lahanat ni ke, ke nak ajak dia sembahyang berjemaah di masjid, supaya nanti mendapat berkat dari Tuhan? Urggghhh. Apakah yang perlu dilakukan supaya saya muncul romantik. Blur sungguh ni.
Hati kecil: Beb, senang-senang ko tempek je bandana "I'm Romantic" kat dahi jendol ko tuh.
Aku: Erk...
Agak-agak, kalau aku buat lawak antarabangsa versi Kassim Selamat, mencucuk bijik mata dengan garfu supaya sesuai dengan tema blind date, okay ke ek??

Psst, tolong kasitahu aku apakah yang korang expect from a first date.

Jom Sambung Baca...

Aku ada Cela: Aku Amat Defensive Gila Babi

41 Orang Dah Berdangdut

Korang jangan ingat, aku ni malaikat atau nabi... Sempurna serba serbi.
Aku manusia, aku ada cela...


bila dalsim disumpah jadi kura-kura
Kadang2 aku boleh jadi defensive and offensive dalam masa yang sama. Korang paham tak kaitan statement aku dengan gambar di atas?? (DeviantArt)

Korang tahu apa itu defensive? Defensive yang aku maksudkan bukanlah berkaitan defending yourself dengan menggunakan teknik Karatedo, jauh sekali berkaitan dengan defending yourself dengan menjelma menjadi super saiyan macam komik dragonball tuh. Defensive dalam konteks yang aku maksudkan adalah satu tabiat mempertahankan diri apabila di kritik. Lebih kurang arh. Entah, aku bukan Osman Awang, so aku tak bleh nak kasi definisi yang panjang lebar dengan tepat. Erk, apakehal tetiba aku tulis entri ni? Sebenarnya sudah agak terasa hati dengan komenan encik "tahape2" kat chatbox tuh. Meh aku tempek komen dia.

Betul jugak apa yang dia cakap ni
Sebenarnya apa yang dia cakap betul. Next time aku akan lebih berhati-hati.

Korang pernah dapat komen dari unknown tak? Komen yang membuatkan korang punya darah menyirap. Bukan jadik air sirap, tapi menyirap as if... hurm kepala hotak rasa panas, dan kaki terasa sangat-sangat ringan (tiba2 aku pikir, aku pun tak tahu apa makna sebenar menyirap tu). Yup, aku pernah. Masa memula baca komen tu, macam tu lah aku rasa.
Hati kecil: kau vodookan saja si tahape2 tu, bior padan muka dia.
Aku: Shut up you hati kecil!
Kalau dulu mungkin lah, aku buat camtu. Maksud aku, melayangkan kaki di udara atau paling kurang pun. Meroyan tak ingat orang kiri kanan. Kalau zaman muda-muda rumaja dulu, macam tu lah. Zaman tu otak masih kosong, dan mulut pun masih gigih men-sedot puting nenen plastik yang dibeli dari pasaraya Giant. Time itu boleh laa... Sekarang, tak boleh. Kena bertenang hadapi tohmahan. Blog ini bukan tempat marah, ini tempat aku menyampaikan rahsia dan pemikiran otak dengan cara merapu... Erti kata mudahnya, segala isi perut belog ini adalah ditulis untuk buat korang berpikir. Tapi itupun kalau korang berjaya berfikir dengan tenang untuk menggorek maksud-maksud tersirat di sebalik rapuan dan carutan aku lah. Jadi aku kena la bertenang, kalau tak jadi cakap tak serupa bikin plak. Kalau tak bertenang,abislah tuan punya belog ini akan kelihatan bimbo. T_T
Hati kecil: alaaah, cepat pergi bukak yellow pages. Then carik nombor talipon tok bomoh dari indonesia. Diorang terer bab santau menyantau nih.
Aku: I said, shaddap you!
Jadik, bila orang tegur. Aku iyakan ajer lah. Bukan salah pun dia tegur. Aku dah pernah tulis, yang kaki aku tidak melatah. Aku pernah tulis, yang senyuman aku cantik. Jadi tak payah la nak cepat melenting. Orang kutuk, terima jer lah, sambil tersenyum ikhlas. Kalau tak, segala imej baik dan berhati mulia yang aku dah bina kat blog ni, akan hancur musnah. (Ok, rahsia aku dah terbongkar. Jom kita cepat-cepat boikot Helmi)
Hati kecil: Jom gelak setan sekarang!
Aku: Okay! Muahahahahah hihihihi (mengilai macam pontianak sundal)
Korang pernah kena hentam/kutuk tak? Korang punyer reaksi apa weh? Adakah korang masih mampu mengekalkan ke-koolness-an korang?? Aku harap korang masih rasa yang blog ini berjaya muncul cool. <--ayat pemerahan santan peket (ayat perasan lah tu).

p.s.
oh ya, alang2 tu, korang kasi la pendapat pasal blog ni. Boleh jadikan rujukan di masa tua depan nanti. Takut jugak nanti jadi syok sendiri pulak blog ni.

Jom Sambung Baca...

Penyakit pekerja-pekerja di jabatan awam malaysia

18 Orang Dah Berdangdut

Amaran keras:
Anda akan mendapat ketensyenan yang mendadak dengan mengklik link di bawah. Pihak penulis blog tidak akan bertanggung jawab keatas kecacatan otak yang mungkin berlaku akibat kegiatan gelak yang melampau-lampau.

KLIK SINI...

Sanggap giler kalau pergi pejabat kerajaan, then kakak yang jaga meja tu lemau. Buat kerja pun lembab, and orang tanya sepatah dia jawab sepatah. Sepatutnya pemakaian badge "SMILE" diwajibkan ke atas semua pekerja jabatan kerajaan yg berhubung dengan pelanggan. Damn, aku tiba-tiba teringat peristiwa sewaktu membuat IC kat Plaza Massalam (in Shah Alam) dulu. Cheh.

*update*
seperti yg di tegur oleh arep, bukan lah semua pekerja kerajaan lemau macam video tadi. Ada jugak yg bagus. And bukan lah semua pekerja swasta superb, ada jugak yg lemau. Harap maklum. :)

Jom Sambung Baca...

Kes Polis Bukit Aman: Misteri Kehilangan Encik B

31 Orang Dah Berdangdut

Semalam aku lawat blog, dan telah gelak golek-golek sampai jatuh kerusi lepas aku tengok gambar ni.


Misteri Nusantara: Dimanakah Encik 'B' menghilang? (Fatin Fauzi)

Hurm, sebenarnya takde lah gelak sangat. Tapi still, kesian jugaklah pintu jamban tu. Dah la kena conteng pakai marker pen, salah eja pulak tu. Tapi tu lah, cuba kalau Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tu tak wujud, adakah pakcik itu akan dikondem oleh aku?? Tidak. Why? Sebab tersumat tidak akan di anggap salah oleh aku. Mungkin tersumat tu, merupakan dialek dari negeri (or negara) lain... Mungkin jugak, tersumat tu adalah past tense untuk perkataan tersumbat seperti yang dikatakan oleh Azman.

Entah lah. Mungkin pakcik tu kurang didikan, atau sewaktu dia sekolah dulu. Dia belajar guna ejaan lama. Cuba korang try tengok, mak bapak korang ejaan melayu dia okay tak??? Macam mak aku, dia still eja 'oleh' sebagai 'Olih' dan 'air' sebagai 'ayer'. Dah jenuh berbuih dah mulut nak betulkan ejaan dia, tapi mama cakap. Dulu-dulu time dia sekolah, air was ayer, and oleh was olih. Di ajar oleh kurikulum sekolah kebangsaan. Jadi maknanya, mama dan pakcik tersumat tu tak salah. Yang salah... dewan bahasa dan pustaka. Chess, cuba bayangkan dengan ketiadaan DBP, mesti karangan BM aku senang dapat A. Yer lah, ni idok, asyik-asyik kena degrade sebab kesalahan ejaan yang melampau-lampau. Sampai cikgu naik biol mark paper aku. ha ha.

Tapi, kalaulah DBP tak ada, adakah hidung tersumbat akan menjelma menjadi hidung tersumat??
Abu Bakar Elah membeli ubat Vicks untuk memulihkan hidungnya yang telah tersumat selama 3 hari 2 malam. (Ada sesiapa masih ingat dengan Abu Bakar Elah?)
mungkin juga perkataan... melumatkan akan menjadi melumbatkan, seperti...
Helmi telah melumbatkan cili merah itu dengan lesung batu yang di belinya di pasar malam. Cili lumbat itu akan digunakan beliau untuk dijadikan sos nasi ayam. (sila perhatikan penggunaan 'beliau' sebagai ganti kepada 'dia' atau 'nya' lmao)
Or, maybe ketumbit akan jadi ketumit, dan tumit kaki akan jadik tumbit kaki...
Ali suka mengintai Aminah mandi, jadi tumbuhlah tumit di kelopak matanya. Setelah kantoi dengan Aminah yang terer taekwondo, Aminah telah menerbangkan tumbit kakinya dengan laju dan tepat ke batang hidung Ali sehingga retak seribu.
adakah dendam kesumat akan bertukar menjadi dendam kesumbat?? Macam...
Aku sungguh marah dengan Aminah, aku mempunyai dendam kesumbat yang amat mendalam terhadap beliau. Kerana dulu dia pernah menggunakan tumbit kakinya untuk membelasah aku sampai lunyai... Kata Ali kepada Abu Bakar Elah

Jadi terima kasih Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ke arah penggunaan BM yang mantap *sambil membawa sepanduk bertulisan 'Bahasa jiwa Bangsa' mengelilingi bangunan Universiti Newcastle sebanyak 15 kali* Oooooyeeeah! Roger & Out!

p.s. agaknya aku dah paham kenapa application aku untuk bekerja di DBP di reject dalam masa 5.24 saat. keh keh keh.

Jom Sambung Baca...