Aku Ada Cela: Entri ini entri busuk!

Salam.
Okey, macam biasa, mohom ampun maaf tangan kaki rambut lutut semualah kat korang, sebab dah lama giler tak update blog. Siriusli, takde masa giler. Skarang ni dah masuk winter, so pukul 5 petang kat sini, dah macam pukul 9 malam kat Malaysia. And aku selalunya habis kelas, and balik rumah dalam pukul 6 petang. Dah arh penat, sejuk plak tuh. Pergh, kalau tak der homework, komphem aku terus buat kuak rama-rama kat atas katil. Best~~~

Tapi bagi korang yang follow twitter and facebook aku, korang tahu la gak kan, sikit2 update dari aku. Twitter and facebook senang, boleh access guna phone je. So sementara dalam bas nak pergi hospital, sempat arh gak update2 barang satu dua ayat. Hah, dah alang-alang cakap pasal facebook nih, korang ada nampak tak status baru aku kat facebook. Oh, tipu. Mana ada baru sangat, dah 5-6 hari dah kot tertempek kat facebook. Tak update pun status, sebab busy. [Now, sapa masih mahu buat medik, sila angkat tangan laju-laju] (-_-")

And, ni arh status yang aku bubuh haritu.


Ali... that was very well said. LMAO. :)

Chess, kurang satu point kekacakkan aku. Sigh~~~


Tapi siriusli geli giler babeng wey. Aku pikir-pikir balik, maybe aku fobia sebab time umur 5 tahun dulu-dulu, masa tengah tidur dengan nenek, ada this lipas yang cam kambeng, telah meraba merayap masuk dalam seluar. Aku apa lagik, terus menari terlompat-lompat. Yuckk! Kuat plak tu grip dia. *masih mengeletar fobia bila terpikir pasal nih*. Then, bila tanya nenek keesokkan harinya, dia cakap memang lipas tu gatal. before dia masuk seluar aku, dia dah masuk kain nenek. tapi nenek dengan penuh brutal dan kental, tendang je lipas tu sampai terpelanting terkeluar kain. You go Nenek!!!

Hah, then 12 years later (masa tu aku form five), kat MRSM Taiping. Ada plak riang-riang pergi hinggap kat belakang seluar aku (bahagian peha). Perghhh. ini lagik arh geli giler. Aku memang dah kena whole body muscles spasm dah, terus keras tak gerak2. Sebab memang panik giler. Mizan (best friend) tolong kibas-kibas guna kertas, tup tup, putus siot badan dia. Bontot dia tercabut, tapi badan and kepala dia still melekat kat seluar aku. Aku p

Aku pun terus macam WADAFAK. Terus....
BUKAK SELUAR!!! then larik pergi bilik sebelah...
Fobia beb... Fobia... Mata dia dah la merah, macam merenung kat aku, tapi badan dah putus. So ternampak la segala cecair hijau dari badan riang2 tuh. *mengeletar* Korang nak kata apa kata arh, aku memang, bab ulat-ulat ni, aku memang squirmish skit (sorry, tak reti nak explain dalam BM).


Geli Geli Geli... Cuba korang tenung kat kaki berbulu lipas tu. YUCK!


Kalau benda tuh jauh, aku tak kisah. Ambik Ridsect, terus spray sampai setengah botol. Mati, and aku pun jadik happy. Tak de arh sampai melompat-lompat. Ni tang merayap and melekat kat atas badan tu, pergh, tak sanggup siot. Yang geli tu, part kaki dia yang...

And finally, paling tak best kalau it is a FLYING LIPAS! 100 kali ganda lagi takut weh! Nak nak plak, lipas yang jenis terbang kat korang. Fuh, mahu pengsan gue. Hurm, korang plak fobia dengan apa wey??? Ke korang ni bersemangat kental so korang tak de takut kat apa2 langsung? hehehe. Roger & Out!


27 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.