TerBALIK

Dah balik dah balik dah baliiiiikkkk!!!


Hambik ko, eksaited giler. Muahaha, Oh ya, kalo korang terpikir-pikir balik tadi aku pakai bunga ke tak, jawapannya tidak. Tiada bunga bertempek di kepala. Sebab mama cakap dia tak dapat datang ambik kat airport, so yang datang Abah dengan Nuar (adik lelaki aku) je. Dan disebabkan abah komfhem bercakap “Apa kejadahnya si Ami ni pakai bunga plak ni” dengan penuh loghat Negeri Sembilan dia. Aku simpankan kan je hajat memacakkan sekuntum bunga di rambut.

Chey chey, padahal agak lega sebab tak payah pakai bunga.

aku terbalik rumah Aku terbalik Rumah (source)


Oh ya, sorri sebab lama tak update. Sindrom post Exam. Busy tengok movie je memanjang, so tak sempat nak update blog. Dah la movie kat UK tu, beli satu percuma satu. Read: Beli satu tiket, then lepas movie dah habis, masuk movie hall yang lain. Kalo kantoi, Lunyai lah kena belasah. :D So dengan ini aku bolehlah dengan bangganya membubuh “A Bad Ass” dalam buku autobiography yang akan ditulis nanti. Chey~~~
Hati Kecik: Bad Ass konon. Ass HOLE!! (sila jangan translate menjadi lubang bun**t, Giler tak kacak kalo sebut weh)

Aku: (T_T) okay okay, tipu je. Padahal nak buat tiket beli satu percuma satu haritu, tapi brader yang kerja kat wayang tu, dah jeling baik punya. Jeling macam nak menderem kat kitorang pun ada. So disebabkan takut, kitorang blah je terus. ^_^
Oh ya, memandangkan aku dah balik. Haa, apa lagi. Jom lah ronggeng-ronggeng. Lelaki, perempuan, tok, nenek, semua di jemput untuk meronggeng dengan aku. Sila message aku nombor phone korang/mintak nombor phone aku bagi sesaper yang rasa rumah dia cam dekat kat Seksyen 7. Kalo korang sanggup, tulis je nombor phone korang kat bawah, nanti InsyaAllah aku sms/call. Tapi rasanya cam better kalo korang private message aku kat YM, Facebook, Myspace, Email. Mana tahu, kot kot korang kena stalk dengan orang saiko yang happens to terjumpa blog ni. (Haish, laju je cakap orang saiko. Padahal aku ni lagi laaa Atok segala Saiko (-_-“)

Oh ya, kalo korang dah message nombor korang. Jangan lupa plak notify kat bawah ni. Kang aku tak perasan plak message korang. Hehehe.

p.s. Ya, abah saya adalah seorang Orang Noghori (Negeri Sembilan), dan beliau memanggil saya Ami, bukannya Emi macam orang lain. Harap maklum. ^_^

p.p.s. "Oh ya" sangat 'IN' sebab tu aku guna banyak kali. Hekhek, padahal BM aku yang tunggang langgang. Penanda Wacana semua dah terpelanting dalam gaung gamaknya. BM aku hancusss skarang ni. Mungkin kena sertai balik kelab buku DIDIK macam dulu. (0_o)



24 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.