Kisah Seorang SuperKakak


Seorang superKakak yang mengcontrol bala tentera seramai 14932 orang 0_o


Apa korang rasa, kalau korang berhajat untuk menakluk dunia, tapi tiba-tiba… jeng jeng jeng kakak korang merupakan seorang superwoman, yang secara senyap-senyap sedang mengetuai satu kumpulan bawah tanah dengan penuh perkasa. Yup, itu yang terjadi. Kakak aku, rupanya dalam dia, merupakan salah seorang otai Myspace. Giler apa, friends dah dekat 15000 orang. Friends list aku, ciput je. Dalam seratus orang. And dia gelak… Yes, GELAK dengan terguling-guling tengok friend list aku yang memang sangat humble and small. Ciss! And no, she is no celebrity.

Selingan: Masa-masam cenggini adalah sangat sesuai untuk berkata “Quality is more important than Quantity!” Chey, padahal tengah jelous kat kakak. :P

Tapi nak buat camner, akak memang lawa pun, dan sebagai adik yang baik, memang aku agak overprotective. Sebab tu arr bila akak keluar dengan kawan lelaki dia, aku buat kerja partime jadi spy (rujuk entri lepas). Sebenarnya, bukanlah spy sangat pun, aku ni lebih sebagai penjaga badan (bodyguard) yang akan mengeluarkan renungan beraura pembunuhan kepada sesiapa yang sibuk nak menggatal dgn akak. Contohnya…
Apabila kitorang pergi uptown seksyen 24 malam tadi, sekumpulan mat rempit yang tengah melepak dengan penuh annoying nya cuba mengorat akak, sambil bersiul-siul.

Bila SuperKakak diberi Kamera untuk Mengeluarkan Muncung Buaya


Humang aih, rasa macam nak karate je tengkuk sorang-sorang. And, kekadang tu bukan setakat bersiul je bila tengok akak, ni sampai gelak and jerit mengusik, Perrrggh, BUSUK giler babeng siot kalo buat cenggitu. Aku benci, akak pun lagi arr benci. Kok ye pun nak mengorat, gentlemen arr sikit bro.

Tapi entah arr, nak cakap panjang lebar, macam arr aku ada awek. *pipi terus jadi kebas dan jadi merah* Mungkin apa yang aku rasa ni, salah kot. Mana tahu, kot-kot orang perempuan lagi suka kalau orang lelaki bersiul kat diorang. hehe. :)



30 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.