Helmi Si Mamat Syok Sendiri: THE DIARY

Assalamualaikom, kom apa kombat, bat apa batman…
Argh, sudah sudah. Kalo mak aku dengar, komfhem kena cubit telinga pakai pengepit baju (oh… the horror of zaman kecik-kecik (T_T) sakit giler siot. ) Tapi kalo korang nak tahu, dulu-dulu time pergi mengutip duit raya kat kampong aku kasi salam macam tu arh. :). Oklah, ini je update kalini, THE END!

Okay, tipu je... Belum habis lagi. Sebenarnya banyak benda yang aku nak update kan, tapi tu arh. Router internet kat rumah ni, derhaka kat mak dia. Terus kena sumpah jadi siput babi. So, kepantasan internet berjalur lebar pun, terpaksa ditukar nama menjadi internet berjalur kurus, atau nama glemernya berjalur Aneroxia NERVOVO . Sengal punyer internet Provider, korang ingat senang ke nak hidup takder internet. Bosan siot. Nak bukak blog sendiri pun, kena tunggu sampai keluar bulu. :( Dasar siput babi! Pfftt.
Anyway, bagi sesaper yang dah kasi bantuan khidmat nasihat bila aku Tanya idea untuk kerja part time time cuti ni… Bebanyak terima kasih, annnnnnnd Sorry. Sebab aku tak dapat nak guna idea-idea korang. Sebab cuti ni, aku join group TLDM (Tidur Lepak Dan Makan). Benda-benda yang aku dah buat so far adalah:


Nasi Lemak Dua Hengget!


Berusaha gigih membangunkan industry cetak rompak Negara:
Chei, ini aku tak galakkan beb. Tapi still, aku mengaku arh. Haritu aku and geng pergi section 7, beli DVD Night at The Museum Pirated version. Mesti Ben Stiller menangis sambil menggigit sarung tangan kalo dia tahu aku beli DVD pirate. Haish, nak buat camner. Amoi penjual DVD tu, dia jual nasik lemak dua hengget (SIla Tanya abang anda apakah yang dimaksudkan dengan nasi Lemak *wink wink*). So terpaksa lah beli. >.<
Nota: Sila menyanyi lagi Missing Impossible sebelum sambung baca the next paragraph. One.. Two.. Tet tet tet tetet tet tet tet~~~


Menjadi Bodyguard untuk menghalau syaitan Nirrajim:
Ini pun aktiviti yang agak aku suka. Sebab akak jumpa kawan-kawan dia. Lelaki, and perempuan. Kekadang diorang plan nak lepak berdua, tapi as usual. Mama tak kasi, and dia suruh aku menyelit kat dalam kereta untuk teman akak lepak dengan kawan lelaki dia. Dilengkapi dengan telefon bimbit berteknologi canggih, aku snap gambar dan sms mama apa yang akak and kawan dia buat. Best woo… Dapat upah sebijik durian yang mama tanam di dusun TESCO Shah Alam, not too shabby right? Plus, seronok siot jadi Spy. Lagipun ini aktiviti mulia beb, sebab kalo keluar berdua, nanti pihak ketiga is Syaitan. Sorry akak, I love you, nevertheless. :P
(BTW, lagu mission impossible tu korang boleh SETOP la wei)

Keluar Lepak dengan Wenkt:
Mamat ni sorang blogger, cum apa-tah-lagi-kerja-dia. Seriusli, banyak giler babeng jenis kerja yang dia buat, sampai aku pun tak reti nak describe camner. Keluar lepak, memula pergi Pak Li. For the first time, dalam tahun ni arh. Aku bukan rajin sangat nak makan kat Pak Li pun, ramai orang arrh (Mode antisocial Activated!). Pergi situ, Cuma 4 kali je kot, max. Itupun setiap kali pergi tak pernah order makanan, just minum apple juice dengan air suam je. Hehehe. Nak order nasik, takut plak terjadi seorang penternak lemak yang maju jaya, atau maskot TMNet (apa tah nama badak kaler biru tu), tak pun that Yellow DIGIMan. Giler Horror Seyh!


Menjadi Sepai (spy) bertauliah yang di upah oleh Mama


Oh, demnit! Aku nak kena keluar. Nanti update lagi. Btw, Silalah doa supaya internet aku kembali bernafsu untuk menjadi laju. :P

15 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.