Minatku Yang Terpendam: Mempelajari Muzik

Sapa tahu main alat muzik, angkat tangaaaannnn!!!
Haish, bilalah aku nak jadi orang yang sangat kool, dan boleh angkat tangan bila ada orang tanya soklan cenggitu. Cheh. Sebenarnya, aku minat gak dengan muzik ni. Chey chey... saja mahu menunjukkan bahawa Helmi adalah seorang mamat yang sangat classy, dan sophisticated lah konon. Memiliki hobi yang posh lah konon. Pigidah!


Sebab sebenar kenapa aku tulis entri ni: JELES!!! lepas tengok mamat ni


Tapi serius weh, best apa kalo reti main alat muzik. Zamri reti main, baca note muzik pun dia lagilah reti. Sebab dulu dia masuk band Sekolah Alam Shah. Kentang tak kentangnya mamat tuh, nama pun dalam band. Mesti lah terer baca note muzik etc kan. Kalo aku, nampak note muzik. Hurm, aku rasa macam nampak berudu yang tengah buat summersault sampai terpele'ot (patah riuk) gamaknya. Bintik hitam kat note muzik tu = badan berudu. (-_-")

Hah, lagi satu sebab kenapa aku nak belajar alat muzik. Sebab supaya bila nak mengorat, senangla sket nanti. Cuba bayangkan, kalo aku tulis surat cinta pakai musical notes (notes muzik ada A sampai Z eh? BELASAH!!) Komfhem cool giler... Then bila tengah makan-makan dinner, ada orang request muzik, peewwit peewit!!! (Hanis Zalikha tiba-tiba interprem dan bersiul dari tepi), then aku pun cakap lah:

"Erm, I can't play" (sila baca dengan suara Harrison Ford di zaman kegemilangan beliau). Then bila dah naik stage, main dengan penuh ke-teror-ist-an, macam Maxim. PERGHH

Hati kecikku: Beb, ko nih tengah delusional tahap gaban ni. PATHETIC woi!
Aku: SEBOK LA KAU!!!!
Hekeleh, korang yang baca ni suka lah kan. Apa korang ingat aku ni betul-betul bongok pasal muzik ni ke. Hah, ambik nih! Bukti aku tengah main gitar. Muahahaha.


Aksi terlampau aku yang memang fake giler babeng.


Okay, itu tipu je. Posing selama seploh saat bersama gitar adik perempuan aku (Ina). Oh ya, lepas tangkap gambar, aku pun tangan pergi gatal, tuning the string (dengan penuh ke-lemau-an) sampai putus satu tali gitar. Oh, cuak! Then terus sorok gitar tu dalam stor, sambil berpura-pura tidur. Ina.... SORRRYYYYYYYYYYY~~~ Abangmu tidak sengaja (0_o) <-- statement seorang abang yang tak senonoh, sila jangan tiru.

In a nutshell, aku cuma tahu mengetip jari untuk mengubati kesedihan hati sebab tak tahu main muzik. Ada sesapa nak jadi cikgu muzik aku tak?
p.s. humangaih, tak bley blah... guna IN A NUTSHELL (-_-").


28 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.