Updated: Kempen Menelengkan kepala kekiri kekanan dan kekiri berkali-kali


Tengok kanan, tengok kiri, tengok kanan. Then melintas dengan laju-laju.
Aku nak update blog, tapi tak sempat. Gue mau pergi sembahyang jumaat. Sila kasi aku masa 7 jam untuk mengupdate entri ini. Ada sesiapa yang rasa dia ada sixth sense, boleh la teka aku nk update pasal apa nanti. he he.
[UPDATE]

Okeh, saya mau mintak maaf dengan penuh ikhlas dan hati yang mulus. Mana tahu, kalau-kalau korang jenuh menunggu selama 7 jam, untuk baca update entri ni. Ceh, macam ada je orang sibuk nak baca entri ni. (T_T) Tapi, seriusli, tadi nak update. Tapi something happened lepas solat jumaat, so aku jadi trauma selama dua perpuluhan dua lapan saat. Untuk menghilangkan trauma, terpaksa terperap dalam bilik sambil menyanyi "trauma yang melanda..." Cheh, padahal bukan ingat pun apa yang kumpulan ELITE nyanyi.

Anyway, tekaan korang memang bernas dan sangat mantap *sila melompat-lompat keriangan tanda eksaited sekarang* Tapi, sila jangan sedih... Jawapan kamu salah sebenarnya. *dengan laju menghulur cokelat Tora untuk merasuah korang semua* Ok ok, sila jadi serius Helmi! Sebenarnya, aku nak cakap pasal melintas jalan. Kamu tak perasan ke, mamat dalam video tu main belasah je. Dah la tak tengok kiri-kanan, adoi... Bukan apa, tetiba terpikir pasal ni, sebab dulu, time adik aku kecik-kecik. Dia memang sangat kentang setiap kali dia nak menyeberang jalan.
Sila jangan tanya kenapa kentang, aku pun tak tahu. Kalau korang tak suka, sila gantikan perkataan kentang tersebut kepada perkataan karipap.
Adik aku ni, jenis otai and berani. Kira macam kalau masuk pertandingan wanita besi, ada can lah dia nak bawak balik pingat johan. Then, dia ni... bila nak melintas jalan, memang sesedap tok nenek moyang dia je. Bukan nyer reti nak tengok kiri-kanan. Sampai aku pulak yang naik risau. Haish. Bila aku tanya, apsal tak melintas elok-elok. dia boleh plak jawab:
Alaa... Relaks arr, nanti kalau derebar tu nampak budak melintas, komfhem dia stop punyer. Otherwise, dia gak yang kena saman nanti.
Humang aih, rasa macam nak jentik je hidung adik aku tu. Entah mana tah dia belajar konsep melintas jalan yang memang sangat perkasa ni. Mujur gak lah, lepas tu sibuk kat TV keluar iklan kempen melintas jalan.
Terima kaseeeehhhh SAMI VELLLLLUUUU~
Jadi sila pastikan korang mendera melatih adik-adik korang supaya diorang pandai melintas jalan. Dan kalau korang memiliki sikap yang terpuji, jangan lupa terapkan nilai-nilai murni supaya adik korang akan menuntun tangan orang-orang kurang upaya yang mahu melintas jalan. *sila bayangkan aku sedang senyum kambing tanda puas hati di atas usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur yang telah di lakukan*

P.s. Kejap kejap. Adakah mungkin kejadian lepas solat jumaat tadi berlaku disebabkan tangan aku gatal menulis pasal stalking sebelum ni, so dia jadi betul-betul? Adusss...

P.p.s. Disebabkan twitter dah tak de cerita dengan jelas pasal peristiwa trauma tu, korang boleh klik kat SINI untuk baca dengan terperinci apa sebenarnya yang terjadi. Aku ada terangkan dalam salah satu komen kat bawah.

30 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.