[Update] Pontianak, Setan dan Pari-pari... Semuanya satu famili kan???

gambar hantu pontianak Kamu pernah nampak hantu ker?


Aku ni memang gemar tengok cerita hantu, lebih gemar tengok cerita seram dari tengok cerita lucah (ini lawak saja, sila jangan speculate yang bukan-bukan). Yer lah, kalau tengok cerita seram, boleh jerit-jerit. Tapi itupun kalau tengok sorang-sorang jer la (or at least tengok dengan family). Kalau tengok dengan orang lain, nak-nak kawan perempuan, komphem (confirm) diriku ini akan mengkontrol cun+macho+kacak dengan sebaik mungkin.
Apa korang ingat aku nak menjerit dengan suara high pitch sambil menggigit kuku dan bersembunyi di sebalik bantal yang besar tiap kali hantu keluar ker? Silap orang la wei. Mengkontrol kemachoan always comes first. Heheh~
Tapi bila cakap pasal cerita hantu, aku selalu ada fetish (or imagination) yang bukan-bukan. Aku mengidam giler nak tengok cerita hantu vs hantu. Yer arh, asyik-asyik hantu vs orang je, tak der variety langsung. Korang perasan tak, tak pernah nyer hantu lawan hantu. Cubalah sekali-sekala buat movie yang orang yang mati kena bunuh dengan hantu tu sendiri menjelma jadi hantu. Takkan lah dia kena bunuh dengan hantu dia tak berdendam kan?? (Dendam = syarat utama untuk transform jadi hantu jembalang kan??) Then dia pun lawan tarik-tarik rambut dengan hantu yang asal... One word:
MANTAP GILER!!!
Lagi satu, korang perasan tak yang hantu kat Malaysia dengan hantu kat negara lain (especially barat) jauh berbeza. Padahal dua-dua pun spesis setan gak. Yang sama, cuma kalau dah namanya hantu tu, semua mesti rambut hitam. Ibarat, Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain (-_-”)... Korang pernah pikir tak? Entah laa, kot-kot hantu-hantu itu sekalian masih tak jumpa lagi dye rambut yang halah. Tak pun, diorang tahu yang meng-kaler rambut tu tidak digalakkan di sisi syarak, entah laa...

Then, cakap pasal hantu jembalang ni, sebenarnya kat Scotland haritu, diorang pun ada gak versi hantu/makhluk ghaib diorang sendiri. And yang paling best, was pasal this satu hill yang mengikut legendnya di diami oleh fairies (pari-pari). Tour guide tu, cerita lah yang pari-pari tu ada this satu magically arranged love-shaped rocks yang kalau kita taruk barang, kita akan jumpa true love. Romantic, yes. Tapi nak cakap aku percaya, tak jugak. And disebabkan bosan + penat haritu, aku and Zamri gatal-gatal pergi arrange batu buat another love.

aku tengah mencari cinta
Aku tengak berlakon menjadi pari-pari yang menyusun batu-bata


sampaikan tourist yang lain, tertipu ingat batu-batu yang kitorang susun tu was the actual love-shaped rocks arrangement. Pfftt, mahu gelak kuat-kuat, tapi terpaksa tahan je. Muahaha. Mungkin aku ni ada genetik pari-pari tak? kah kah kah...

tipah tertipu
Dua orang Tipah Tertipu yang sedang khusyuk menangkap gambar. Kui kui kui

Then dia cerita lagi, yang ada this tourist pernah ada pengalaman paranormal dengan fairies tu. Dikatakan, fairies tu dah ikut dia balik ke hotel, and malam tu dia kena kacau. Bila ditanya kena kacau macam mana, tour guide tu jawab "tourist tu kena rasa macam kene himpap/lenyek dengan something invisible".
Hati Kecikku: Hukeleh~ Kat Malaysia ni dah biasa dah himpap-menghimpap dengan benda invisible, Tak heran pun...
Aku: Tsk tsk tsk. Hantu Malaysia lagi terer dan terrifying arh. Pffftt (sound effect cuba menahan gelak dengan sedaya upaya).
pari-pari di dalam gambar misteri
Agak-agaknya, tourist tu kena himpap dengan pari-pari yang berdua ni kot. Ho ho ho

And cakap pasal benda ni, aku sebenarnya ada lagi satu gambar. Orang Turkey cakap, ini sebenarnya gambar berhala (mini) Dewi Anthena, tapi aku punya first Impression was something else. To me, it looks much like

CLICK UNTUK MENGETAHUI FIRST IMPRESSION AKU

And finally, ini ada satu buah tangan untuk korang. Aku rasa, trailer movie ni mampu membuatkan korang takut mengengok movie kat wayang selama lima belas hari. ho ho ho.

Konklusi:
Adakah aku berjaya meyakinkan korang yang aku adalah seorang yang tak takut hantu (walhal aku cuak giler dengan hantu T_T). And hantu yang paling aku takut is hantu pocong. Seram seyh. Korang tak rasa ke pocong adalah hantu yang paling menakutkan dalam dunia? *sambil meremang bulu ketiak roma*
Update:
Cerita hantu vs hantu yang sudah dikenal pasti adalah Pocong vs Kuntilanak dan Freddy vs Jason. Tapi dua-dua light horror movie je, tak de la seram mana. He he. Kelakar lagi ada lah.



62 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.