Mama cakap pagi-pagi kena...

gosok gigi
SIla gosok gigi supaya korang tidak mengancam keamanan sejagat (patrickdeza)
"Bangun pagi, Gosok gigi, Cuci muka, Minum kopi..." Eh eh, apa lagi ek? Damn. Aku salahkan iklan TV sebab sampai sekarang apa yang aku dah tak boleh ingat nursery rhyme tu. Yang datang kat kepala hotak aku, tiap kali aku try nanyi yang keluar "Bangun pagi, gosok gigi dengan Kodomo Lion... Kami suka KODOMO Lion!" Hampeh! Talk about effective advertising eh?
Erm, sebenarnya bukan lah aku gila meroyan tetibe plak menyanyi lagu budak tadika. Tapi entah lah, sejak kecik lagi mak bapak aku suruh aku rajin gosok gigi. Diorang cakap, kalau tak gosok, nanti gigi akan keluar tahik, and mulut akan jadi MOLOT! Dieja macam tu sebagai penanda yang mulut korang akan menjelma jadi mulut naga yang sekali korang nganga je... Haaaaaa~ semua makhluk-makhluk kat depan korang akan mati dengan dahsyat dan kejam. Kalau diorang boleh survive, diorang akan terkena sumpahan suara penyek. Penyek bukan seperti suara Ning Baizura yang lemak berkrim disukai ramai. Tapi penyek macam suara Ogy bila dia sebut Hakaaaak~ (perkataan 'akak' yang disebut dengan penuh kesengauan). tsk tsk tsk.

Oh, sebenarnya bukan apa. Saja je nak merapu kat perenggan tadi, sebab... sebab... sebab AKU TERLUPA BAWAK TOILETRIES PERGI SCOTLAND! There! Not a good way to start your traveling kan?? Meh, aku ulang-tayang sikit apa yang terjadi. 7 saat sebelum aku masuk bilik mandi untuk mandi tak wajib:
AKU: Baju tidur, CHECK! Tuala mandi, CHECK! Minyak rambut CHECK! Toiletries... (diam selama tiga saat.)
Aku: Toiletries...
(Sambil menurunkan cermin mata ke paras pangkal hidung, lalu memandang ke kiri ke kanan)
Aku: TOILETRIES!!!
Suara Ghaib: Dia Selesema cikgu~
Eh, eh... itu iklan Scott's Emulsion. Tapi still, korang paham kan apa yang aku nak sampaikan. Toiletries = sabun + ubat gigi + pencuci muka + BERUS GIGI. No toiletries = ??? You do the math. (-_-”)


Sila bayangkan muka aku yang macam nak gila sebab terlupa bawak berus gigi (Daidai8818)


Then lepas mandi tu, jenuh aku hasut Zamri supaya keluar malam. Harap maklum, keluar malam di sini tiada kaitan langsung dengan perkataan keluar meronggeng di kelab-kelab dangdut di Lorong Haji Taib, jauh sekali keluar ke pasar malam. Keluar malam dalam entri ni definasinya "keluar mencari kedai-kedai yang jual berus gigi". Tapi, scotland being another typical UK country. Kedai semua dah tutup (kat sini kedai tutup pukul 5 petang). Damn! No kedai means no berus gigi. No berus gigi, means esok pagi aku akan jadi naga. (T_T) <-- Muka menangis teresak-esak. Okay Helmi, think, think... Blank! Think harder you moron! Tink! (bunyik idea datang sambil keluar sebijik mentol menyala kat atas kepala) korang tahu apa aku buat?? Muahaha.
Masalah:
Mulut berbau kambeng, dan rasa sedikit pahit dan kelat.

Analisa:
  1. Mulut kelat dan pahit - aku rasa maybe sebab air liur tu dah jadi sedikit alkali. (ni kena confirm dengan Zamri, keh keh keh).
  2. Mulut berbau - sebab tak makan selama 8 jam, obviously sebab aku tidur pada malam sebelumnya.

Penyelesaian:
  1. Time mandi, aku sental gigi pakai jari dan ubat gigi. Dengan penuh banyak sekali. Sental selama sepuluh minit. Lepas dah sental, kumur pulak dengan ubat gigi selama sepuluh minit. Sambil berdoa supaya mulut tak berbau.
  2. Makan something supaya mulut tak/kurang berbau. And something yang di maksudkan adalah sepuluh bijik gula-gula mint yang di cilok dari meja reception (selepas main kenyit-kenyit mata dengan kakak receptionist, nak mengayat tak boleh. Sebab takut dia pengsan sebab tercium bau mulut)
  3. Kurangkan bercakap! Kurang bercakap = kurang menghembus udara nyaman ikut mulut = kurang bau. Kui kui kui
Berkesan ke tak?? Amat berkesan giler... KOT! Sebab at least Zamri tak complaint and suara dia tak jadi penyek. (-_-”)

p.s. Petang tu, lepas aku beli berus gigi. Aku terus sental gigi selama sejam sambil menikmati keindahan alam sekitar di tepi tingkap. Hambik ni bukti!

 sental menyental gigi
Aku tengah memberus gigi menggunakan Anna yang baru di beli satu jam sebelumnya.
Murah, hanya satu pound je beb. Ho ho ho! (Click untuk membesarkan gambar)


p.p.s. Moral of the story, sila pastikan korang bawak segala benda yang nak di bawak sebelum pergi jalan-jalan. I've learnt that, the hard way. Sob sob sob.

p.p.p.s. Gambar-gambar lain akan di upload kemudian di facebook aku. Pengalaman bercuti ke Scotland akan di upload kemudian di blog ni. Tapi hanya a few photos je yang akan di bubuh di sini.

Aku yang anti poor oral hygiene,

49 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.