Sorry, sebab lama tak update. Bukan apa, cuti dah habis. So aku memang giler busy dengan kelas, Sigh. Dah ler exam lagi sebulan, chess. Banyak giler siot tak cover lagi. Depresi... Depresi...

Jangan salah kan aku, cuba kamu google perkataan 'stalker'.
Korang ingat senang ke nak carik gambar yang relevant? (LeslieFence)
Anyway, aku nak tanya korang. Korang pernah ada stalker tak? Entah, aku macam tak pernah. Sapa la plak gile nak stalk aku. Tapi pikir-pikir balik, memang takut seyh dengan stalker. Selalunya, yang jadi mangsa stalker ni, orang perempuan. Kalau stalker tu, cuma tengok dari jauh, dari jarak 10 KM tak pe lagi. Ini, kalau yang jenis paranoid tu, siap berteropong, mengacau segala privasi, memang tak bleh blah. Nak nak, yang jenis cacat otak tu. Kalau kita tak layan, mula meroyan. Kalau yang lagi takut, ada siap sampai ugut-ugut. Gile ape. Tsk tsk tsk.
Sebenarnya, although aku tak pernah kena stalk. Tapi aku ada pernah kenal orang yang kena stalk. Aku tak berapa ingat sangat, tapi lebih kurang macam ni lah.
Satu hari, kawan perempuan aku ni pergi town. Then secara tiba-tiba dia di mengorat oleh seorang mamat ni. Bila kawan aku tak layan, si mamat ni ikut dia dari belakang. *sila pasang lagu background filem Jaws* Apa lagi, kawan aku jadi cuak arh. Laju-laju dia jalan. Then sampai satu tahap, si stalker tu pegang tangan dia, mintak nombor telefon. Nak berkenalan ke aper tah. Kawan aku tu, terus ar dia menangis. Mamat tu start jadi menggelabah, then terus belah. Lahanat betul mamat tu...Entah, sumpah benci, benda-benda macam ni. Sebab aku rasa, dah kalau orang tak nak layan, buat bodoh je lah.. Tak yah ar nak desperate sangat, lepak sudah~ Daripada korang buat habis tenaga nak stalk orang lain, baik korang balik rumah makan karipap. Pfft...
Since aku ni lelaki. So rasanya masalah macam ni tak de kot. Tapi, kekadang risau la pulak. Yer lah, orang-orang zaman sekarang ni, makin lama makin baik. Makin bertambah alim *sarkastik*. Baca paper, baca internet, sana-sini ada orang kena culik laa... rogol laa... Aku selalu ingatkan kakak and adik aku, suruh diorang balik sebelum malam. Sebab kitorang ni, ada curfew pukul 7 malam. Maknanya, kalau nak merasa kesedapan tendangan padu kaki bapak aku, silalah kami adik beradik balik lepas pukul 7 malam. Kui kui kui, sekarang parents aku dah longar sikit. Kalau nak balik lepas pukul 7, kena call and mintak kebenaran...
Tapi dengan syarat, setiap 30 minit telefon diorang, kasitahu kitorang tengah buat apa, and paling lewat balik sebelum pukul 10 malam. Kalau balik lambat tu, alamatnya kena kunci kat luar rumah selama sejam. Huish, pernah beb. Jenuh aku ketuk-ketuk pintu, suruh mak aku bukak. Mak aku, dengan penuh brutal nyer, tunggu sampai sinetron Intan habis baru bukak pintu. Padan muka ko Helmi. T_T Demn you Intan~
Eh eh, alang-alang cakap pasal stalking ni. Aku nak kasitau korang, yang bermula kelmarin, aku dengan jayanya telah me-registerkan diri menjadi seorang stalker internet. Aku dah ada account twitter. Yabedabeduuu~ so boleh la aku stalk orang lain tanpa mengganggu-gugat ketenteraman awam. Zamri pun ada gak. Aku bukan nak suruh korang follow kitorang (sapa yang nak follow tu, tak de la plak aku nak larang). Tapi aku kasitahu ni sebab aku yang nak follow korang (kira macam stalk la tu kan?). Yer lah, asyik korang je baca update aku kat blog ni, aku nak gak tahu apa korang buat setiap hari.
Bagi siapa yang masih batak pasal twitter (macam aku lah, he he). Twitter ni, sebenarnya simple je. Korang cuma kena jawab "What are you doing?". So, jom kita ber twit twit. Sesiapa yang tak de tu, korang click sini dan buat satu account (ambik masa 30 saat je nak buat account). And sesiapa yang dah ada account tu, sila tinggalkan link twitter korang kat comment box bawah ni ok. Senang aku nak stalk korang.Ok lah, aku sangat busy ni. mahu stadi. Chey, padahal nak pergi makan karipap. (^_^) Babai!
p.s. walaupun tak pernah kena stalk, tapi aku pernah kena kacau dengan orang gile seks. Haish, Nasib baik, aku cuma tahu taekwondo cap ayam je. Kalau tak, lunyai aku dah aku belasah mamat tu :') Chimpanzee betul. *Bengang*


50 Orang Dah Berdangdut:
stalker menakutkan...
dulu ada tapi dy sudah kena restrain orders from court..
padan muka dy... bila balik malaysia hidup aq aman kembali... tp takut juga kalu malaysia ada stalker fanatik sebab adakah malaysia mengamalkan restraining orders?
hurm anyway have fun stalking org lain
aku sampi kena dgn stalker ni x de la tp kira kena ugut ade la huhu...
ape lagik balai polis ler jawab nyer hak3.. padan muka dia huh.
weh, aku takda twit twit, plurk je pakai.Plurk lagi best. hahaah
nak stalk orang, facebook la paling sesuai. Ko buat la account facebook boleh skodeng.kahkahkah
akaun twit dah lame ade tp mls mo hupdate..hehe
n n chill,jgn depresi kat cni :))
kau bayangkan lah.
horror seyes siap cakap nak tunggu aku sampai bila2 sampai aku sanggup terima dia.
gila aper.
sampaikan aku tukar semua no telefon and bapak aku ugut nak report polis kalau mamat tue wat hal lagi.
seriously mana dapat no aku entah.
btw. aku sampai skrg kena curfew kol 7 tu. skrg aku umur 22, still kena ikot, takde bend2 d rules sampai kol10 huhu.
tak jadi keje kalo camtue... isk.. baik dok rumah je..... ;0
aku memang takleh keluar malam
sebelum 6.30PM kena ada kat rumah
kalau tak, takleh masuk rumah
aku tak kesah sangat
pompuan tak elok keluar malam hekhek
aku pernah kena stalk...dengan perempuan!
dem!
kenapa mesti perempuan...lelaki lah baru perkasa skit~adui~
hahaha...kamu sudah follow aku kan? aku juga sudah follow kamu..moh nanti meronggeng..lalala~
nak gi exam nih...daa!
mak kamu penonton setia citer intan rpenye..
akq penah kena stalk oleh mamat indon ~_~
bile aq x layan dia g kejar aq siap marah2 lg
pe yg dia ckp satu ape pon aq x phm(da dia ckp gne bhs ibunda dia)
marah2 tenung aq tajam2 wat pe.
skali abah n abg aq dtg lari trus ~_~
ngeng je..
haa..
aq ade twitter.
men dftr masuk je.
tp sumpah tataw nk wat pe/gne twitter nih.
haha
ne kurung ke ape?
aq ne kurung je kat rumah mcm jeruk yg diperam dlm balang.
huihui.
nk kuar jejalan un ssh dilepaskan.
isk
haa penah budak clss stalk belog i lepastu bwt keco dlm cls. hampeh btol
xpernah ade pengalaman kena stalk ke apa, sbb muka xcun mcm Jessica Alba pun..ngeh3..
kuikuikui..
ni link twitter aku.. tapi aku masih was2 gune ni (tak tau sbnornye.. haha)
http://twitter.com/biskoot
Aku sebenarnya seorang stalker jugak!!!!
*gelak evil*
Tp x de la smpai follow smpai rumah ke, follow smpai masuk jamban ke ape..
selaluye when I like someone..I really can't take my eyes off that person..
So selalunye ak akn bagi jelingan tajam lagi manja kpd prg itu..
*sila muntah sekarang*
urm..aku makin suka hasil penulisan korang..isu yg bagus...tapi so far kat area aku, x penah juga jumpa kes2 stalker cemni...
kpd kengkawan prompuan, kalau nak elak dr jd sasaran stalker...kluar umah jgn pakai cantek2...kalau pakai baju lusuh gaya amah indon lagi baik...hahaha...kidding...
p/s:aku akan mula stalk korang 2 via twitter...hehe
org tu google nama aku.
pastu mesej aku dan menyebut nombor ic aku satu persatu.
huhu.
nak ckp pasal stalker erk? tup tup, terselit plak pempromosian ketidaksengajaan twitter itew...
aku rase time tu mak aku br pas tgk doremon.sbbnye die bukak pintu dlm area kol 7lbh.
saiz badan pon memainkan peranan yg penting ke????????
wahahaha...aku kene wat survey la pasnih! =p
oit helmi dan zamri!!!
twitter aku!!!
http://twitter.com/kamabesh
kat sane ada karipap ke?
sebijik brpe sen? ;)
dekat malaysia, stalkers tak de yang fanatik sangat kot. Sebab kalau kat sini, kalau dah fanatik sangat diorang bomohkan terus je. Biasalah, bomoh-momoh ni memang famous kat malaysia. Patut di jadikan salah satu tarikan untuk tahun melawat malaysia 2010 nanti. Mungkin kita boleh buat petition. He he.
ugut mengugut ni, pun lagi satu. Sangat leceh. Tapi aku yakin, mesti polis tak buat apa2. Selalunya diorang tak layan sangat kes ugut ni, unless ia memang high profile. Eh tak tak... aku tak cakap *batuk-batuk* polis malaysia banyak yang lemau dan lengai *batuk-batuk*. Polis malaysia memang bagus-bagus semua. T_T
Sorry, lari topik kejap
wey wey, sapa cakap account facebook takde la. Ade je wei. Ko je yang tak add aku. Classmate kita kat tepeng, majoriti aku ada le. Pergi la add. Link ada kat aku punye profile page. Sila lari pecut ke facebook sekarang.
terima kasih. ha ha
then masa dia stalk, kamu buat macam mana? Buat-buat tak paham bahasa Kelantan ke? Kalau nak ekstrem lagi, patut ko menyamar je yang ko tak paham cakap melayu. Cuba keluar bahasa urdu ke, bahasa iban ke. Sumpah dia tak kaco dah lepas tu.
haha, kalau aku kena kurung kat rumah, aku mesti duduk depan tv makan jeruk kedondong. Pergh, mahsyuk dan sedap. kes kes kes
Hahaha, ok gak tu. Balik rumah, bukak TV tengok Doraemon. lepas habis doraemon, tengok Shin Chan. Aku selalu buat macam tu. Then tengah-tengah tengok TV, bapak aku cabut plug TV. Hambat kitorang 5 beradik pergi sembahyang maghrib. T_T
p.s. ya, aku memang addicted dekat shin chan dan doremon. Kartun yang diminati, dulu, kini, dan selamanya. hek hek
mamat indon, gulp. Lagi takut (sorry sebab aku stigmatized sikit). Aku selalu dengar, yang kebanyakan diorang ni, tahu pukau la, apa la... Mujur ayah dan abang ko ada jelingan tajam yang mampu membunuh. Tanya sikit, masa mereka menjeling, diorang ada angkat kening macam ziana zain kah? he he.
p.s. Twitter tu, sama macam 'status di facebook'. Sebijik.
haha, zara, exam kamu camner. Adoi, kena stalk dengan perempuan. Memang amat tak perkasa. :D
malang sekali, perenggan akhir tu merujuk kepada seorang mamat. haish. Kalau perempuan tu, buleh jugak main kenyit-kenyit mata. ciss.
rizz, kalau nak tahu. Rumah kitorang memang selalu layan drama indonesia. Bukan intan je, bawan putih la, bidadari la... rasa macam mau sorok je decoder astro tu. Cerita indonesia berlambak-lambak.
tapi dalam tak suka Intan, aku dah hafal satu perenggan lagu OST dia (Di Ruang Rindu-Letto). Yer lah, dah hari-hari dengar. (-_-") Tersiksa batin woih.
hehe, jom jom bertwit twit.
Pasal stalker ni, kekadang susah nak handle. lagi-lagi kalau yg kena stalk tu perempuan. Sebab kalau agressive, takut si stalker tu jadi ganas plak. Kalau lembut sangat, takut plak dia ingat korang melayan. Moral: Jauhi lorong2 gelap, dan elakkan berjalan sorang-sorang. Bawak pepper spray (kalau bawak shieldtox atau ridsect lagi bagus). Kasi buta terus dia.
"pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas kepada anda dari radio ERA" hehe, x pasal
haha, aku pernah gak menggoogle macam tu. tapi google nama sendiri. Pernah buat? Try lah.
dalam meng-google, aku jumpa gambar salam perantauan tahun lepas dekat utusan malaysia online. hehe. terasa famous sekejap. chey.
oh, dan nama aku kena panggil masuk PLKN pun ada gak. hehe. Baru kejap tadi check, masih ada. keh keh.
hahaha, comel...comel... baru aku tahu, kenapa mak aku pun kekadang bukak pintu lewat kalau aku balik pukul 7. Mungkin dia pun tengok doraemon senyap-senyap dalam bilik. kui kui kui. adoi.
akmar, aku sudah stalk ko kat twitter. lalala. Pasal size badan tu, sila buat survey dan kasitahu aku. berminat gak nak tahu.
whatever...
haha..
xdenye angkat kening cam ziana zain.
jeling mcm super saiyan ade la.
nak je aku cucuk mata mamat indon 2 ngan pen yg aku pegang mase 2.
grr~
owh gitu...
*da lame x buka facebook senanye*
sebab nk mintak hutang
hmm....ni dikira stalk jgk ke??
btw,,pasal stalker,,sy pnah kena,,tp nak kata stalker x sgt la,,ngan pak guard,,,
yg paling xtahan bila dia follow time ktorg g jog,,n bley dtg masuk sebelah tempat sidai baju pompuan since xde pagar,,,time sy sidai baju diajaknya bersembang2,,time pg makan,,time lepak kat koridor sorg2,,time men gtar,,
smpi sy xtahan sy g report ek last skali,,dan lpas siasat,,kena la amaran sebijik dua dgn kolej..isk~
haha..ye ke? kesian betul lelaki tu, still konfius dgn jantina die..
mak ak lagi hebat..die xkn buka pntu slgi bpk ak xbuka pntu tuk ktorg yg balik lmbt...
6.30ptg sume kne ade kat umah..
klu dh balik lmbt tu..even 10mnt..mmg dh baca ape ntah doa kat tangga spy ayah xmghadiahkan barangan hebat...hehehee...
btw..psl stalker tu ak xpenah lg la kne..
p ak jd stalker ade laa...ak wat ngn budak2 kembar jer..
hehehehehheeee