Semalam, lepas balik dari solat jumaat, Zamri tunjuk kat aku trailer movie The Stoning of Soraya M. Well, aku sejak dua menjak ni, memang suka tengok movie yang cantik dan bermakna. Mungkin aku dah jadi makin matang, entah. Chey, matang konong.
Hati Kecikku: Matang yerr??? Your blog is anything but matang. Pfftt.Anyway, movie ni cambest. Korang try test tengok trailer kat bawah ni. Aku dah buat sikit research pasal movie ni, it is based on an international bestselling book, which was based on a true story. Bila cerita ni berlaku, entah. Ada orang cakap 200 tahun dulu, ada orang cakap 50 tahun dulu. So aku pun tak sure.
Aku: Shadap yu!
Click SINI untuk pergi ke official website movie ni
Tapi, aku agak takut. Movie ni agak controversial. Bagi muslim-muslim yang agak orthodoks dan conventional, mungkin diorang akan tentang movie ni. Entah. Mungkin kerajaan Malaysian akan ban movie ni, entah. Aku seriusli tak tahu. Tapi kekadang, aku rasa daripada kita tutup mata dan buat tak tahu pasal isu-isu macam ni. Baik kita ambil tahu, supaya kita boleh sediakan jawapan. Sebabnya, kalau kita tak tengok movie ni, tak bermaksud orang lain (especially non-muslims) tak tengok. Movie ni, akan provoke thoughts, akan provoke questions. Pasal Islam, and Islamic practice.
Obviously, aku tak boleh jawab, "It is just a movie" or "Movie ni orang di buat oleh orang yang berniat jahat". Sebab, this was based on a true event, and peristiwa rejam ini memang berlaku, dan memang ada dalam Islam. Jadi, aku rasa mungkin aku (dan korang) akan ditanya soalan-soalan macam kat bawah.
Entah, aku tak sure apa yang aku boleh jawab. Ilmu agama aku memang sangat sikit. Tapi better kita pikir sama-sama dan prepare, dari kita buat-buat ignorant. Supaya nanti, takder arh terkangkang-kangkang sebab tak reti nak jawab ape bila orang mula menghentam Islam lepas tengok movie ni. Haish.
- Kenapa Soraya M direjam?
- Bukan kah merejam itu kejam dan tak berperi kemanusiaan?
- Kenapa Islam tidak adil kepada Soraya M. ?
- Movie ni mengambarkan penindasan wanita dalam Islam. (Of course, this is not true). Tapi dalam movie ni, Soraya M dituduh berzina dan direjam. CNN pernah report pasal ni, cuba search kat youtube under honor killing KLIK SINI.

The size of the stone shall not be so large as to kill the offender with one or two throws...
nor so small as to be called a Pebble (The Islamic Penal Code of Iran - Article 104)
P.s. Sorry, ini entri serius aku yang pertama. Then, aku tak sure, apa yang aku tulis ni appropriate ke tak. Kalau korang nak aku buang entri ni, sila cakap. Kalau ada 5 orang mahu aku buang entri ni, aku akan buang.

31 Orang Dah Berdangdut:
rejam..hukuman untuk org berzina kan ?? setau aku bagi yg dah kawin,kalo berzina akan direjam,tapi kalo belum,disebat 100 kali.sebab sebat 100kali bg yg blum kawin,akan menghapuskan bakteria@kuman penyebab hiv..tapi yg dah kawin,xleh.
huhuhu
(kes tatau ape nk komen tp nk komen juga)
that's a knowledge to know
pasal saiz batu jadi caption filem tu macam.. cane ye nak cakap.. ala ko pun tau la kot maksud ku
btol jgk,soalan2 tu..cmne nk jwb ekk nnti.
hmmm
korang kat UK sure dpt gak tgk kan??
ke ktorang kat mesia ni kne bergantung kat youtube or cd cetak rompak kalo nk tgk cte nih???
hurm...arap2 mesia x ban cte tu...wawawawa..mau tgk juge!!!
sory la..
aku no komen
soalan2 itu harus terjawab..nanti aku mau carik cerita nya...
oh..perlu pemikiran yang agak terbuka disitu~
first, kalau nak pertikaikan pkare neh..
konfem tak faham tentang hukum..
nway, bab2 hukum neh kene la blaja.. :)
semua tue datang dari yang Atas sane..
sape kite nak petikaikan..
fahami hukumnye dulu..
n film nie..
one more propaganda untuk umat Islam..
think wisely dooo~~
*okay, ehem. serious mode*
well, dorg sebenarnye sgt2 la curious kan pe je yg kte praktik dlm Islam. pastu sebok nak kate kite vicious, cruel, unfair, bla bla bla.. yes, hudud is the best way to go. sgt adil, actually.
kalau kte pk, amik case ringan sket, cam org mencuri. kat Mekah, klu org mencuri, de akan ditangkap and de akan dipotong tgnnye. memula potong tangan, da abes dua2 tgn, potong kaki, sampai la de rase de nak insaf.. cruel? mmg kot, sbb byk je org kudung mintak sedekah kat jalan, but if dorg xmencuri, xkan kene mcm tu kan.
and yes, stoning and beating are some of the best ways to prevent HIV/AIDS.. drpd de spread around the kuman, and menambahkan anak 'harimau' di kalangan kte, and menyebabkan anak tu nnt dipulaukan, dipandang hina yada yada, so maybe rejam org2 yg berzina itu lebih baik daripada just denda puluh2 ribu hengget. duit sentiasa ade, tp bila org nak insaf?
hudud pon ade gak hukum pancung kan, untuk org membunuh. diletakkan org tu ditengah2 khalayak ramai utk menjadi pengajaran, and pancung org tu. bukan Islam suruh saje2 je wat cam nih, tp effective, kan? pas nih de da xbunuh org lagi sbb de da kaput dlu.
but, menurut ustaz yg ade kat Mekah, bilangan org yg kene pancung, teramatla sikit, sebab hukum syariah kene ade byk saksi and bukti and whatnots kan. yg kene hukum pon sbb mmg xde jln len nk wat de lepas. so, unfair gak ke? Islam tak pernah membuta tuli bagi hukuman kat umatnye. kalau da de Islam, kene la dalami agama Islam, and avoid semua larangan Islam, ye tak? bukannye Islam suke2 je nak rejam org bukan Islam pon kan?
*sigh* okay, let me clarify that i'm not exactly a super religious person. ilmu agama sgt2 sikit, cetek, SPM nye agama pon B4 je, malu je actually nak peterang smue2 nih, tp saje nak tulih.
sori emi meng-flood comment anda. ehe. just my opinion yg dorg nih ske sgt nk menyebok psl agama kite. ckp je la curious kan? admit je la, heheh.
no. 1 tak dapat jawab, sebab tak tau citer sbenar
no.2, merejam memang nampak tak berperikemanusiaan, tetapi berperikemanusiaankah orang yang melakukan seks tanpa hubungan sah, lebih2 lagi setelah seseorang itu sudah berkahwin dengan orang lain tetapi bersikap curang.
no.3, pun tak dapt jawab sebab tak tau.
no.4, sebenarnya bukan hukum perempuan sahaja, kalau lelaki didapati bersalah, sama juga hukumannya.
sebenarnya hukuman rejam ini dijalankan apabila cukup bukti dan saksi yang cukup syarat yang ketat. Ambil contoh semasa zaman rasulullah, berapa banyak kisah rejam yang kita dengar??? Sikit, mungkin ada yang tak pernah dengar langsung. Salah satu kisah yang pernah saya dengar adalah mengenai seorang sahabat (tak ingat namanya) yang direjam setelah beliau sendiri mengaku. Itupun rasulullah mempersoalkan pengakuan itu sehinggalah pengakuan dibuat empat kali dan sahabat itu mengaku masih waras. Kemudian barulah hukuman dijalankan.
orang kedua: buang
orang ketiga: buang
orang keempat: buang
NieSah: Helmi....!!! jgn buang! teruskan usaha menjadi serius..
yeah! kamu selamat helmi..
=)
ada makcik ni plak ckp kat aq buku ni xelok baca.. rosak aqidah.. haiz so movie ni sure x lepas la malaysia..
betul2... itupun lepas dah abis tempoh susu anak lelaki luar nikah tu kan. iaitu 2 tahun dari masa pengakuan pertama...
i hope the movie shows that Islam is not the reason why men are evil...
http://www.youtube.com/user/QueenRania
tgk2 dan renung2kan the videos..
..T_T..
Sekarang ajaran Rasulullah dimanipulasikan oleh pihak atasan utk kepentingan sendri. Kebebasan bersuara yang ditegakkan Rasulullah jadi digantikan dengan pemikirian autokratik.
Kita sebagai orang Islam yang bertanggung jawab kena bangun dan menentang ketidakadilan, lagi-lagi yang dibuat dengan nama Islam.
Haha, you should! I'm gonna go and get it, when it's out. But if i'm not mistaken, it'll be out in summer, 20ish June. Not sure, better check it yourself.
and thanks for the feedback too.
Personally, aku rasa, agak annoyed dengan orang-orang kat youtube yang slander/bash/kutuk Islam lepas tengok video ni. Betul, stoning is one of the sharia laws/practices in Islam. Tapi, macam yang korang cakap, bukan senang-senang je nak jatuhkan hukuman rejam.
And rejam adalah hukuman untuk pesalah zina, kita kena ada 4 saksi baru boleh sabitkan kesalahan.
Lagi satu, it is also annoying to see that people suka generalized the fact that Soraya M telah dizalimi oleh Islam. Where in fact, dia dizalimi oleh orang muslim. Do mind, Muslims and Islam are not the same. Kesalahan dan kejahatan orang muslim, tidak bermaksud Islam itu agama yang cacat.
Sorry sebab terbagi ceramah agama. Agak tension doh, bila baca pasal isu ni kat youtube. hehe.
"Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan"
http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=476:hikmah-perlaksanaan-hukum-hudud-menurut-al-quran-dan-sains&catid=7:ilmiah&Itemid=69
n aku ingat pengacara dia ckp ceni
"da nama pon rogol,,xkan la dia nak buat depan2 org,,panggil 4 org,,then baru rogol"
tp xpe la,,sebab pengacara dia yg ckp tu bukan islam,,
first and foremost,,kalo x tau,,jgn ckp..
sebab witness tu bukan semestinya org yg nampak,,tp org yg terlibat pon bleyh,,cth,,org yg kesan cap jari,,org yg jumpa mangsa yg dirogol,,org yg figure out dna test,,n org yg maybe nampak mangsa kali terakhir,,
n pasal rejam ni,,i am seriously waiting for this,,tp kena tgu la dulu kot,,,
it is not easy utk menjatuhkan hukuman dlm islam,,
haa...pasal sebat tu,,memang seratus kali,,tp dlm proses nak sebat,,si tukang sebat tu xleh angkat tangan yg nak sebat tu sampai ada bukaan atau ruang antara ketiak n lengan,,n xleh angkat tangan yg pegang rotan melepasi bahu,,
jd mcm ne,,,aku akan tgok dulu movie ni,,before judging apa2 pon,,,
dorg da streotype kita,,tp x semestinya kita kena streotypekan dorg,,
mmg kita tak sempurna..tp kita nmpak yg kt sini jer..kt sana nti kita tak tahu..
since ak xtaw cte ni psl ape (xtgk pn trailr tu..tenet slow)..ak wat assumption jah..
kesnya, kna fitnah zina dan rejam? sma lebih kurang ngn perempuan berkalung sorban jah..
rejam tak kejam..tp tegas..kerana hukum Allah nilah dulu xde kes zina mcm kt dunia skrg nih..dulu, kalo xkawen hukum sebat, dh kawen bru rejam..
hukuman ni buat yg tak btanggungjawab dan mengingkari suruhanNya..sbb skrg kita xde hukum hudud, hukuman pun dibuat bkn scra public..wlupun kita faham demi tak buka aib org len..tp akibatnya kanak-kanak 10 tahun dh jadi bapak budak anak haram! kat Malaysia ok kes nih!!!!
lagi satu..mjwb ttg fitnah..sama dgn kes undang2 sivil pn..islam mnekankan bukti dan saksi yg kukuh..tak boleh smata2 nmpak dua2 bogel tngkap zina..itu khalwat namanya..kalo zina yg dihukum rejam itu..perlu ada 4saksi lelaki yg boleh dipercayai dan waras, perlu keempat2nya nmpak bahagian kemaluan masuk antara yg len dgn cukup pada bhgian yg ditentukn..jika tak nmpak..hukumnya bkn zina..tp khalwat!
bkn senang Islam mhukum umatnya.
jika Soraya itu difitnah knapa disalahkan undang2 islam? itu salah individu yg mhukumnya tnpa usul periksa yg jelas..
malah, dlm kisah sahabat, anak kpd Saidina Umar pernah ditangkap berzina lalu ayahandanya menyebat hingga cukup bilangannya. Ketika 3sebatan sebelum habis, anaknya itu telah mati pun Umar arahkan diteruskan sebatan kpd mayatnya sehingga ckup bilangan.
Berkat kuasa Ilahi malamnya Umar bermimpi didatangi anaknya menyatakan dia kini di syurga krana kcukupan bilangan sebatan menyebabkan Allah taala mengampunkan dosa zinanya..
Takke pemurah Allah itu? Allah mengasihani hambanya dengan ganjaran dan taubat..hukuman itu bukan satu siksaan sebaliknya satu btuk ktegasan dlm islam..
sama kes yg ingin masuk islam tak dipaksa..tp yg telah mnganut agama Allah dan murtad wajib dipancung jika tidak segera bertaubat! Ada pernah kita fikirkan hikmahnya hukum Allah?
Dan tuhan dan janji, apabila umat islam tak dapat menghormati agamanya sendiri, mereka tidak akan juga dihormati oleh orng lain. Tak ikut hukum yang sebenarnya, menyebabkan kita tidak menghormati agama.
so better aku cakap pasal attitude orang2 kita..
aku raselah citer2 mcm ni susah nak lepas kat malaysia ni. tp tak salah kan kita tengok... setiap orang ada pandangan yang berbeza...orang2 yang prihatin tentang pengaruh filem ni akan tentang keras sbb takut akidah kita terpesong. orang2 yang prihatin tentang pandangan org terhadap islam akan sokong penanyangan filem ni supaya kita bersiap sedia dgn jwpan yg org yg meragui islam perlukan...
kita boleh tengok cerita ni.. tp amat perlu berhati2... berhati2 dengan diri sendiri..yup, bg orang yang raser yg dia agak jahil pasal agama ni klo nk tgk citer ni, cari lah orang yang luas ilmu agamanya utk jd panduan.. klo xleh, baik jangan tengok..nnti kita ragui, seterusnya terpengaruh..
bagi orang yang luas ilmu agamanya pulak, disarankan utk tgk citer ni supaya anda boleh bersedia utk mmbahaskan hujah2 mmpertahankan agama Allah ini..
utk helmi...
bagus usaha anda dlm mmpertengahkan isu mcm ni... bukannya apa, semakin byk fitnah yang ditaburkan oleh mereka yang kuat menentang islam.. tp org islam sendiri hanya diam, tak pon hanya ckp yang fitnah tu x betul tanpa memberikan penjelasan lanjut... seterusnya membuatkan org yg xfaham islam terus meragui islam itu sendiri...
2.Bukan kah merejam itu kejam dan tak berperi kemanusiaan?
3.Kenapa Islam tidak adil kepada Soraya M. ?
4.Movie ni mengambarkan penindasan wanita dalam Islam.
Try jawab.Tapi tak sure kukuh ka tidak.
1.Dia direjam sebab berzina.Ada dlm hukum Islam.Datangnya dari Allah.Bukan ciptaan manusia.Jadi sure ada hikmahnya,iaitu utk membendung masalah zina.Biar org takut sgt2 nak buat zina sebab ia sangat memudaratkan.
2.Tidak.Cuba open minded sikit.Benda tu utk kebaikan semua.Kan rejam dibuat secara open?jadi org ambik iktibar.Lahirkan generasi yg lebih berdisiplin.Lagipun, dah siap tau hukum zina tu direjam.Berani buat,berani tanggung.Lagipun dah siasat dan ada bukti kan?Mcm komen sebelum ni,100 kali sebat utk buang tu HIV.Yg dah kawen,tak boleh cure lagi..takut pula dia ada penyakit dan sebarkan kepada org lain.Analogi nya camni,kalau org ada kencing manis,kaki dia dah buruk sebab penyakit tu..maka kenalah potong kaki tu kan utk selamatkan nyawa dia dan utk mengelak penyakit tu merebak.So,hukum utk penzina camtulah.Utk elak ia merebak.
3.Tak adil dari segi apa?Jadi Iraq tu jahat nak mampos takda sebab nak bunuh kejam semua takda pula org persoal.Ni ada sebab kan?sebab berzina.Lagipun kena ckp,dua2 kena..lelaki dan pompuan.Tak adil apanya?
4.Dah watak utama tu soraya..(betul tak?)..jadi dia hanya nampak dari sudut pandangan/life wanita itu ja.Lelaki tu camna pula?Balik kepada 'berani buat berani tanggung'.Islam tak pernah menindas..zaman jahiliah mmg la org arab bunuh anak pompuan sebab dikatakan bwk sial.Drg tak ingatkah,sebab kedatangan Islam trend ini diubah.Ada juga yg ckp Islam paksa pompuan muslim bertudung,kononnya menindas/mengongkong sebab wanita tak boleh nak berfesyen.Tak reti kah,dengan bertudung dan jaga aurat org lain nak rogol pun tak jadi..sebab rasa segan nak kacau wanita yg sempurna dari segi pakaiannya,yalah dah tutup semua..tak menggoda langsung.So,dapat elak pandangan mata lelaki bertukar jadi nafsu serakah.
Tu ja.TQ.Harap dapat membantu sedikit sebanyak.;-)
actually kalu byk2 tanye pon akan melemahkan tauhid...
mmg la nk tau pasal agama right ...but if we byk ragu sgt kite yg lemah iman...
biarla diorg nk tunjuk islam tuh lemah...coz in d end they will only see that islam is d real religion....but if kite as muslim terlalu kecoh2 sgt bout d issue, kite yg rugi...
byk tanya boleh melemahkan tauhid? apakah yg anda maksudkan? takkan kita nk ikut ajaran islam secara membabi buta sahaja, semenjak dari sekolah benda mcm ni berlaku. sekolah agama misalnya, apa yg disuap ustaz/ustazah semua ditelan sahaja. budak2 jd pak turut. tak ada pun nk discuss kenapa nk kena ni, kenapa dibuat mcm tu..tak ada 2 way communication. maka lahirlah umat2 islam yg lemah. kalau ditanya kenapa pakai tudung? "owh ayah suruh". alahai..islam suruh umatnya mencari ilmu..jadi tak salah kalau kita bertanya untuk memahami agama itu secara mendalam. kalau kita ragu2 sesuatu perkara..takkan nk buat bodoh sahaja, sampai bila nk hidup dlm keraguan. rasanya lebih elok masuk neraka sbb byk bertanya dari menjadi org yg ignorant.