Rumah Sakit means Home Sick

lembu yang homesick
Rumah Sakit = HomeSick, lalala~


Tadi satu benda mejik berlaku. Aku turun bawah, tengok-tengok ada seulas durian. Apa lagi, dengan laju dan penuh keyakinan diri, aku main rembat je. Memandangkan aku memang seorang pengamal konsep barangmu-barangku jua yang amat tegar. Eh eh, tak de lah, giler aper makan makanan cilok. Sebenarnya housemate aku yang pelawa. Lepas makan tu, aku pun buat-buat tanya la harga durian tu. Yer arh, aku ni hantu durian, apa barang makan seulas je kan. So risik punya risik aku tahu la mana roomate aku beli durian tu, and berapa harga dia. Korang tahu harga dia berapa???
DUA PULUH FREAKING POUND... SEBIJIK!
Korok mu, mahal nak mati. Jadi kepada sesapa yang rasa kasihan akan nasib malang seorang jejaka yang amat merindukan buah-buahan tempatan Malaysia, silalah beli sebijik durian, dan kirim bijiknya ke UK ni. Supaya nanti aku boleh beli pasu bunga, dan tanam di tepi tingkap dalam bilik tidur. Sumpah, kalau korang pos bijik durian kat aku, setiap pagi aku siram pakai air power root + Red Bulu Bull. Biar kasik tonik sikit kat pokok durian tu, cepat sikit membesar. Eh, jap jap... Aku termelalut. Sorry. (-_-") Sebenarnya aku nak cakap pasal homesick ni. Sebab tadi, aku dapat message ni dari mak aku.

sms dalam handset cabuk aku
Bubble putih: Ayat mak aku
Bubble hijau: aku punye reply
Bubble Party: errrk (-_-")

Yup, adik bongsu aku homesick. Baru masuk asrama dua hari, dia dah meleleh nak balik. Haish. Haritu dia yang frust menongeng sebab tak dapat mana-mana offer SBP. Ni bila dah dapat, tup tup, nak belah (keluar) plak. Hempuk dengan sudip kang, baru ko tahu. Aduss...
Wei adik ku yang kucintai, apa kata kamu pergi je duduk kat asrama tu, nanti abang belikan cokelat dan jajan (keropok/crisps) dari UK ok. Pergh, nampak bebenor aku memang kedeng (kedekut) giler. Kalau tak pun, nanti abang carikkan pakwe untuk kamu. Set?? Chey, abang mithali sungguh aku ni. Tahun depan boleh menang tokoh abang terbaik negara ni. Tapi... banyak cengkadak nak kasi adik aku ada pakwe. Aku pun belum ada makwe, nak lawan tokei plak ko ek.
Nasib ko laa, he he... Then tadi siang-siang lagi aku dah warning kat mama, jangan ikut sangat peel (karenah) si baby tu. Aku suruh mak aku pilih salah satu option kat bawah:
  1. Datang tengok adik aku setiap minggu, and setiap malam talipon dia. Biar hilang sikit rindu kat rumah.
  2. Kalau masih tak jalan, suruh mak aku cakap macam ni "Baby, try duduk asrama selama sebulan. Lepas sebulan, kalau nak keluar jugak baru keluar ok?". Tapi of course, memandangkan aku ni seorang abang yang rasa cam bagus, suka buat keputusan untuk adik-adik aku. Aku cakap kat mak aku, lepas sebulan, sila buat-buat lupa janji tadi. (Kawan-kawan, sila jangan contohi aku)
  3. Setiap kali adik aku call, jangan jawab. Nak senang lagi, tukar nombor telefon, and pindah rumah. Hah, pueh hati den. Menangis la ko puas-puas. Muahaha~ Oh, aku memang seorang abang yang paling kejam dan tidak ber-liver tummy (berhati perut). Ini adalah strategi paksa-rela terakhir untuk adik aku. :')
Tapi tu lah, aku tahu yang kita tak boleh paksa. So aku memang serba salah giler. Haish, pening-pening. Esok aku kena call dia, nak try basuh dia cukup-cukup biar dia nak duduk asrama. Muahaha
p.s. Adakah wujud kemungkinan yang adik aku tengah mengalami *batuk-batuk* ketidak seimbangan hormon *batuk-batuk*? Adakah selepas 7 hari mood beliau akan jadi elok kembali?


63 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.