Uikh? Aku tahu, mesti korang rasa benci giler dengan soalan masuk troley tolak sendiri (versi klasik: masuk bakul angkat sendiri), Kah kah. Ok, sorry...sorry, tapi betul. Aku tanya ikhlas ni, korang rasa blog ni lawa ke tak? Kemas dan comel?? Ke lawa macam keldai tengah pakai makeup setebal 5 inci dalam Nanny Mc Phee tu?
Ok ok, biar aku straight to the point. Korang ingat tak, betapa aku rajin dan sibuk berpropaganda haritu, pasal yoyooh award? Guess what, blog ni dapat masuk the next round. Chey, kah kah. Terasa kembang dan riak selama 2 perpuluhan 7 saat. Bukan apa, sebenaranya blog ni dah tercalon dalam kategori blog terhensem dan termantap (atau secara formalnya: Blog Layout Paling Kreatif). Although aku rasa agak cambest (best) sebab tercalon, tapi entah laa.
Sebenarnya agak jeles dengan blogger-blogger lain yang masuk kategori yang masuk kategori "Blog Penulisan kreatif Terbaik" pergh. Jeles, jeles... Tapi tak per, sebab diorang memang kreatif pun, blog ni gaya penulisan nak kata kreatif idok (tak) laa. Macam beruk makyeh pun ada gak, merepek je setiap masa. Cheh, he he. So kepada korang yang masuk kategori ni, good luck bebeh.And, memandangkan blog The Bogus Circus (kat yoyooh nama manja kitorang To The Circus) so aku nak pukau korang biar korang lagi sekali mengundi blog ni. Undi banyak-banyak, kasi menang. *sambil menggoyangkan cokelat ferrero rocher yang di ikat dengan tali di depan mata korang sebagai cubaan untuk menghipnosis*. Tapi, unlike round lepas, undian untuk round kalini hanya terbuka untuk ahli yoyooh je. T_T
Maksud tersirat: Silalah mendaftar jadi ahli Yoyooh dan vote kitorang sampai lebam. Kuang kuang kuangJadi, secara sinopsisnya:
- Daftar jadi ahli Yoyooh kat sini
- Klik sini untuk pergi ke voting page
- Scroll sampai korang jumpa kategori "Blog layout paling kreatif"
- Sila hadiahkan kami rating 5 (excellent)
sambil mengacukan senapang gajah ke hidung kamu tanda memaksa dengan penuh tak malu - Sambung vote blog-blog lain, dan Submit Vote
- Vote hanya sekali, kali ni tak yah ulang :D
- Pada waktu malam, sila buat solat tahajud sambil mendoakan supaya kitorang menang dan berjaya menakluki bumi. Yeeahaaa (dapat pahala beb, he he)
There! Senang je kan? he he. Kalau korang dah vote, sila tunggu. Aku dah kontek kawan aku kat Marikh, supaya jatuhkan seketul tahik bintang yang dinyahtinjakan secara khas dari marikh. ^_^ Tanggungjawab besar ni wei... Undilah untuk memiliki masa depan yang cerah dan penuh gilang gemilang. Erk~
Roger & Out!




22 Orang Dah Berdangdut:
sokong dari jauh je la
tp kalu korang menang dpt apa ekk...
serius blog ni buruk gila. tak lawa. hampeh. lambat load. muahaha..
takdelah. kejamnya ku berkata begitu. takyah la risau sangat. klu dah tercalon ke next round tu maknanya elok sangat la tu.
tak sabar nak genting nih. dh konfirm dpt tiket ke sana sbb org dlm. hehe
blh la menengok kome berdua pegang anugerah tu ye.
eh jap, tu award lain. ;)
q suka layout korang.
neat jew.
mission success
pat myself
serius,tempalte nie memang lawa...rasanya , ko mesti power css kn ??
hopefully korg menang! :)
sila bg saguhati''
haha mcm rasuah la plak kan
anyway donkey dlm nanny mcPhee 2 comel pe
xsalah la klu blog u ollz diibaratkan seperti itu kan?
hehehe
haha, thanks rizz. :D
agak lah, kena daftar-daftar ni memang agak discouraging kan. he he. Takpe, aku boleh baca kepala otak kamu. Kita ni psychic. kalau aslina sokong dari jauh, kitorang kat UK ni mesti dapat rasa. ha ha. Sixth sense siot.
azfarul, kamu pergi tengok ABP ke? jeles, jeles. sila tolong kirim salam dekat pakcik tukang sapu stage tu nanti ok. ha ha.
senang tau siap2 siapa menang...
arigatogozaimasu. Entah tak tahu eja betul ke idak. muahaha. tapi thanks. And kalau menang, sebenarnya tak tahu pun apa yang kitorang dapat. Tapi aku rasa, mesti susah. Yer lah, kalau menang, nak gak tengok macam mana la penganjur nak kasi award. Kitorang dah la jauh kat UK ni. kui kui kui. Interesting jugak kan??
nanti aku daftar jadik ahli..
ko kenapush aku rajin2...
hahaha~