Kes Polis Bukit Aman: Misteri Kehilangan Encik B

Semalam aku lawat blog, dan telah gelak golek-golek sampai jatuh kerusi lepas aku tengok gambar ni.


Misteri Nusantara: Dimanakah Encik 'B' menghilang? (Fatin Fauzi)

Hurm, sebenarnya takde lah gelak sangat. Tapi still, kesian jugaklah pintu jamban tu. Dah la kena conteng pakai marker pen, salah eja pulak tu. Tapi tu lah, cuba kalau Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tu tak wujud, adakah pakcik itu akan dikondem oleh aku?? Tidak. Why? Sebab tersumat tidak akan di anggap salah oleh aku. Mungkin tersumat tu, merupakan dialek dari negeri (or negara) lain... Mungkin jugak, tersumat tu adalah past tense untuk perkataan tersumbat seperti yang dikatakan oleh Azman.

Entah lah. Mungkin pakcik tu kurang didikan, atau sewaktu dia sekolah dulu. Dia belajar guna ejaan lama. Cuba korang try tengok, mak bapak korang ejaan melayu dia okay tak??? Macam mak aku, dia still eja 'oleh' sebagai 'Olih' dan 'air' sebagai 'ayer'. Dah jenuh berbuih dah mulut nak betulkan ejaan dia, tapi mama cakap. Dulu-dulu time dia sekolah, air was ayer, and oleh was olih. Di ajar oleh kurikulum sekolah kebangsaan. Jadi maknanya, mama dan pakcik tersumat tu tak salah. Yang salah... dewan bahasa dan pustaka. Chess, cuba bayangkan dengan ketiadaan DBP, mesti karangan BM aku senang dapat A. Yer lah, ni idok, asyik-asyik kena degrade sebab kesalahan ejaan yang melampau-lampau. Sampai cikgu naik biol mark paper aku. ha ha.

Tapi, kalaulah DBP tak ada, adakah hidung tersumbat akan menjelma menjadi hidung tersumat??
Abu Bakar Elah membeli ubat Vicks untuk memulihkan hidungnya yang telah tersumat selama 3 hari 2 malam. (Ada sesiapa masih ingat dengan Abu Bakar Elah?)
mungkin juga perkataan... melumatkan akan menjadi melumbatkan, seperti...
Helmi telah melumbatkan cili merah itu dengan lesung batu yang di belinya di pasar malam. Cili lumbat itu akan digunakan beliau untuk dijadikan sos nasi ayam. (sila perhatikan penggunaan 'beliau' sebagai ganti kepada 'dia' atau 'nya' lmao)
Or, maybe ketumbit akan jadi ketumit, dan tumit kaki akan jadik tumbit kaki...
Ali suka mengintai Aminah mandi, jadi tumbuhlah tumit di kelopak matanya. Setelah kantoi dengan Aminah yang terer taekwondo, Aminah telah menerbangkan tumbit kakinya dengan laju dan tepat ke batang hidung Ali sehingga retak seribu.
adakah dendam kesumat akan bertukar menjadi dendam kesumbat?? Macam...
Aku sungguh marah dengan Aminah, aku mempunyai dendam kesumbat yang amat mendalam terhadap beliau. Kerana dulu dia pernah menggunakan tumbit kakinya untuk membelasah aku sampai lunyai... Kata Ali kepada Abu Bakar Elah

Jadi terima kasih Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ke arah penggunaan BM yang mantap *sambil membawa sepanduk bertulisan 'Bahasa jiwa Bangsa' mengelilingi bangunan Universiti Newcastle sebanyak 15 kali* Oooooyeeeah! Roger & Out!

p.s. agaknya aku dah paham kenapa application aku untuk bekerja di DBP di reject dalam masa 5.24 saat. keh keh keh.

31 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.