5 Kaedah Untuk Menghasilkan Gambar Yang Kacak


Zamri di Blue Mosque - Turkey.

Ini adalah entri yang di tulis oleh aku yang dengki, dan sebab my heart smells (aku busuk hati). DSLR maksudnya... entah apa jadah tah. Yang aku tahu, DSLR tu adalah sebijik kamera yang bagak besar dan mahal gila babeng. Tapi, gambar cantik giler. Cantik sampai bulu-bulu hidung pun boleh nampak kalau korang zoom in.

Aku dari dulu, memang kempunan gila nak ada DSLR. Tapi menatang ni, mahal. Kalau aku beli, nanti aku terpaksa hari-hari makan bubur nasik lauk ikan masin. Nanti, nanti. Ikan pun mahal kat UK ni. Tukar. Terpaksa hari-hari makan bubur taruk garam. Bapak sedih hidup aku kat UK nih. (-_-”) Takper-takper. Otak Kede bin Kut (kedekut) aku masih kreatif. Jenuh, aku pikir akhirnya aku berjaya memberakkan lima teknik khas untuk orang yang nak gambar cantik, tapi tak de DSLR.

Satu... Mengorat abang-abang photographer di majlis kahwin.
Kalau korang perempuan, sila mengorat abang-abang photographer, kalau kamu lelaki, suruh adik perempuan kamu yang pergi mengorat abang-abang photographer itu. Macam mana nak tahu, kamu patut mengorat ke tak?? Senang! Kadang-kadang abang photographer tu akan pura-pura tangkap gambar korang, padahal dia usha baeeek punya. Macam mana plak nak react kalau benda ni terjadi?? Kepada perempuan: Silalah kasi flying kiss kat abang tu. Kepada lelaki: Silalah kasi flying KICK kat abang tu.
Dua... Korang mesti memperalatkan press.
Press = wartawan = DSLR! Senang difahami. Nak panggil press datang, korang kena buat havoc or buat kecoh satu Malaysia. Mungkin korang boleh contohi Raja Azmi. Aku tengok, banyak jugak press tangkap gambar dia sebab filem anu dalam botol. Korang boleh la try buat filem jugak, then kasi tajuk yang kontroversi sikit. Aku cadangkan korang buat "Botol dalam anu". Pergh, confirm sapa yang jadi pelakon tu mandul
Tiga... Photoshop!
Kalau kamu terer, gunalah photoshop yang di boleh download secara haram menggunakan torrent, kalau tak pun, kamu hantar ke kedai foto (ini pun 'photoshop' gak), Suruh uncle cina tu tolong developkan dan alter gambar untuk kamu sampai cantik. Kamu di nasihati agar melemparkan ugutan seperti kamu akan merentap bulu hidung dia sehelai-sehelai sampai tercabut menggunakan tweezer kalau gambar yang dia develop tu huduh. Confirm uncle tu ikut cakap korang arh.
Empat... Membuat lawatan sambil belajar ke lokap.
Lokap = penjenayah wanted = tangkap gambar sambil pegang nombor = DSLR (diorang pakai DSLR kan??). Aku pun tak pasti kebekersanan benda ni, jadi siapa yang berani mencuba tu... Aku alu-alukan. Untuk masuk lokap, korang boleh try buat hauk macam beruk maknyeh. Pergi anjur sex party masa malam merdeka, sex party tengah 'in' kan di kalangan budak-budak Malaysia sekarang ni. Pffftt. (Aku terjeluek nak mati dengan perangai orang-orang yang buat parti ni weh). Oh ya, bila korang dah berjaya masuk jel, jangan lupa kasitahu aku kamera apa polis pakai untuk tangkap gambar suspek.
Lima... Tangkaplah gambar sebanyak beribu-ribu lemon kali.
Kalau kamu bernasib baik, ke-mejikan akan berlaku. Dimana gambar-gambar kamu akan secara mejiknya menjadik cun melecun. Yeah! Usaha tangga kejayaan. Effort-staircase-success!

Roger & Out!

Soalan Cepuk Lemas:
Manakah antara 3 gambar dalam entri ini yang telah ditangkap pakai DSLR.




Kamera berkuasa tembak. Power = Kuasa. Shot = Tembak.



Cermin mata Cap Ayam (korang rasa??)

57 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.