Aku mintak maaf, sila maafkan aku boleh tak???

susah ke nak mintak maaf
Susah ke nak mintak maaf (NaBHaN)

Kekadang kita ni, nak mintak maaf memang susah giler. Aku pun cenggitu jugak, korang tak payah risau. Biasa lah tu. Saper lah suka nak mintak maaf kan. Macam aku dulu, selalu je gaduh dengan kawan aku. Kadang-kadang, kalau tengah bergaduh tu rasa nak tonyoh cili kat muka dia. Tak pun, taruk telur busuk dalam bekas syampu dia.
Hati kecikku: Err, itu agak kebudak-perempuanan lah beb
Aku: I know. Kalau aku bengang, aku selalunya rasa macam nak kapak je musuh aku tu. Tapi karang blog ni kena ban 18SG pulak.
Hati kecikku: Tsk tsk tsk.
Aku pernah, hempuk kepala sorang budak perempuan kelas aku dengan buku (masih lower form, gaduh cara budak-budak)... Lepas aku ketuk kepala dia, korang tahu apa dia buat? Dia kasi penerajang padu kat aku. Pergh. Nasib baik aku sempat elak dengan gaya Keanu Reeves dalam 'The Matrix', kalau tak mesti aku kena jalan 'kaki kepit' selama sembilan bulan, akibat tendangan yang sipi-sipi lagi nak kena kelangkang. Hampeh kau XXX. Ko memang POWER ranger!.
Moral: Never pick a fight with a girl who has a black belt in taekwondo!! (-_-”)
Tapi lepastu, kitorang jadi baik lar, rapat and kamceng. Biasalah, gaduh-maduh ni, kalau kita tahu nak handle, dia akan tolong kita jadi rapat. Tapi tu lah, all that it takes is a simple "I am sorry" (sila ucap sambil mengelip-ngelipkan kelopak mata dengan laju sebagai lambang anda ikhlas meminta maaf. Lagi bagus kalau korang pakai fake eyelashes sepanjang 7cm - untuk perempuan je lah tapi). Otherwise, kalau tak mintak maaf, benda ni lama-lama akan jadi ackward, dan membuatkan orang yang tengah bergaduh tu, tak tegur sampai bila-bila. BAD CHOICE! Aku pernah jadi macam ni, aku bukan berdendam ke apa dengan kawan aku yang sorang ni. Tapi lepas kitorang dah dua-dua 'meletup', we gave each other a silence treatment. For 1 freaking year. Sungguh, amat, dan memang tidak KOOL!
Pesanan pihak penaja: Sila jangan menjelma menjadi kambing gurun dan tiru perangai kepala besar aku. Trust me, it will make your lubang hidung nampak besar ^_^
By the way, kalau korang gaduh dengan aku. Just say I'm sorry *batuk-batuk* tambah chocholate Ferrero Rocher *batuk-batuk*. Sebab bagi aku, cokelat err i mean, apologizing will do the trick, hohoho.
Oh, kalau aku gaduh dengan korang, aku nak pujuk korang camne ek? Belanja roti canai mamak ok tak? <-- statement kedekut haji bakhil.
p.s. Sebenarnya aku tulis entri ni sebab aku tengah bergaduh dengan sorang kawan ni. Tapi jenuh aku dah cuba macam-macam, dia masih bengang dengan aku. (T_T) Jadi...

  1. Sila kasitahu apa aku patut buat untuk pujuk dia (atau)
  2. Let's pretend yang aku tengah bergaduh dengan korang. Apa yang aku kena buat untuk pujuk korang???
Help me peeps!!!



46 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.