Perempuan... dan kebengangan mereka

Nabila Gemuk kah??
Muka Cik Nabila yang di gelar gemok oleh saya dengan penuh kejam.
Muahahaha. Obviously, she's anything but gemuk kan?

Segala unsur lawak dalam entri ini jadi lagi best kalau korang click link-link di bawah

Pening-pening... Sebenarnya. Baru je kejap tadi aku buat Cik Nabila marah. Yer arh, aku panggil dia gemok. Mana tak bengang. Menurut firasat aku, mesti berbulu jugak la hidung dia bila kena panggil gemuk dengan aku (eh, bukan hidung manusia memang berbulu ke??). Tukar, mesti bertambah lebat bulu hidung dia lepas aku panggil dia gemuk. kui kui kui. Sebenarnya, minah ni x der arh gemok mana. Comel je, tapi still aku nk panggil gemuk. Sebab dia panggil aku gemuk. So buat jahat di balas dengan lebih jahat kan?? Muahahaha... Jadi buat Cik Nabila, jari dihulur, maaf di pinta, duit raya di tunggu... *hah, x paham paham kah??? ha ha*

Cakap pasal Nabila ni, aku terpikir plak. Pasal marah. Specifically, kemarahan orang pompuan. Pasal orang lelaki yang marah (bukan sebab period) aku malas nak citer. Yer arh, sikit-sikit tumbukan padu laa, sepakan terbang laa. Bosan dowh. So jom kita kaji, apa yang orang perempuan buat kalo diorang marah. Lebih variety, lebih menarik. Ye dak??? *secara tiba-tiba astro enterprame... Macam Macam Adaaaa* Diam kau Astro!
  1. Spesis pertama, jenis marah terus menjelma jadik jin ifrit. Dengan selaju-laju alam, terus gulung lengan baju, cekak pinggang then tarik-tarik rambut. Huiiiisssshhh. Yang ini serius aku gemar tengok. Lawak giler. Kah kah kah. Aku so far, pernah nampak sekali je benda ni terjadi. Serius, aku tersengih macam kerang busuk (Klik untuk memunculan semula senyuman manisku yang korang puja tu ha ha) waktu tu. Malang betul time tu, videocam tak de. Chess!

  2. Spesis kedua, jenis yang kalau marah, mesti hujan lebat. Meleleh-leleh air mata. Selalunya, perempuan yang jenis macam ni, peribadi dia agak lemah lembut dan bersopan santun. Tapi yang tak syok nya, kalau dah menangis mesti tak reti nak stop. Silap-silap, kalau aku tadah, cukup 7 tempayan. Hah, elok gak tu, boleh terus aku masuk meminang Puteri Gunung Ledang. *Gentlemen nya kau Helmi... Pembaca wanita, sila palang Helmi sekarang* Eh eh, tak de la aku sebusuk tu. Kurang-kurangpun aku mesti hulur tisu kat perempuan yang tengah menangis. Hah, sapa tengah menangis... angkat tangaaaannn~

  3. Spesis terakhir, ni jenis mulut PA system. Kalau marah je, Hu-mak-Aih. Menjerit tak tentu pasal, kekadang sampai mencarut. Hah, tapi tunjuk kesinga-betinaan dia time marah junior-junior je lah. Spesis yang tunjuk power depan kaum yang lemah. Cuba kalau dia bengang dengan bos dia, diam je. Cuba korang teka macam mana dia menjerit sambil cover line... sila klik untuk mengetahui jawapan
hahaha, best tak?? Jap jap, adakah korang akan bertambah geram kalau aku cakap, yang sebenarnya repekan kali ni adalah untuk suruh korang beli album Nikki?? Entri panjang lebar kat atas tu, intro je. Muahahaha *terus lari laju-laju menyorok supaya tidak di rembat dengan lastik oleh pembaca-pembaca*

Korang Geram???
Together, One... Twooo...
Geramnya ku... OOooooOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!

Ha ha ha. Okay-okay. Korang layan la lagu ni versi penuh. Kalau korang suka, jangan lupa beli yg ori. Roger & Out

31 Orang Dah Berdangdut:


CATAT ULASAN
Toss your thought away, it's free. Kami tidak ada sebarang hidden service charge. Your comment is white, kami punya pulak berkaler cream. Biasalah, tuan rumah kena la up sikit.

Sila :
1. Tinggal kan link ke Belog anda, itu lebih baik...
2. Tulis nama anda, itu lebih baik... dan
3. Silalah kutuk mengutuk... Itu paling paling baik. *nada sarkastik*

Konklusi: Kamu orang baik-baik. Tengkiu Daun Keladi.